Perak beri tanah kepada Puteri
MB Perak dilaporkan sebagai berkata bahawa Kerajaan negeri Perak akan menawarkan kawasan tanah pertanian untuk ahli Pergerakan Puteri UMNO yang berminat menceburi bidang peniagaan berteraskan pertanian.
Utusan melaporkan:
Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, ahli Puteri yang berminat dipelawa mengusahakan tanaman komersial seperti sayur-sayuran, getah, kelapa dan kelapa sawit secara berkelompok kerana ia lebih menguntungkan.
Adakah amalan ini sesuatu yang dibolehkan atau dibenarkan dari segi etika dan peraturan? Atau memang telah diamalkan sekian lama oleh Umno? Tidakkah ini membuktikan masih segar-ugar amalan kronisma dalam Umno?
Saya katakan demikian kerana MB Perak adalah MB untuk seluruh rakyat negeri Perak. Memang beliau bersal dari Umno namun tidak bermakna yang beliau boleh menggunakan kedudukannya untuk menganugerahkan tanah dan harta kepada Umno, itu menyalahgunakan kedudukan namanya.
Kalau beri atas nama individu atau kumpulan mungkin kita boleh terima kiranya proses permohonannya sebagaimana prosedur biasa, akan tetapi bila beri atas nama parti, agak janggal bunyinya.
Walaubagaimanapun kalau memang amalan ini merupakan amalan turun-temurun dalam Umno, untuk berlaku adil berilah juga tanah kepada Pemuda dan Wanita MCA, MIC, Gerakkan, PPP yang saya pasti juga perlu dibantu setelah berkorban dan bertungkus-lumus membantu Umno dan BN.
Kalau tak keberatan jangan lupa rakan-rakan IPF yan banyak membantu BN di Perak, pasti Pandithan pun mahu menjana ekonomi anak-anak buahnya.
Jangan pula lupa Putera Umno, sekurang-kurangnya bolehlah digunakan perolehan hasil nanti untuk menganjurkan konsert dan majlis-majlis hiburan bagi meramaikan ahli mereka.
Kalau ada lagi tanah yang lebih di Perak tu, beri juga kepada PBS dan Parti Pesaka Bumiputera dan lain-lain kerabat BN di Sabah dan Sarawak. Barulah nampak hebat MB Perak, MB berjiwa rakyat.
Lupakan dan tolak ketepi dahulu rakyat termiskin yang tidak bertanah dan tempat berteduh. Mereka tu cuma akan kita gunakan lima tahun sekali, yang penting sekarang kita jaga anak-anak buah kita, jaga juak-juak kita, jaga tukang-tukang ampu kita, kalau tak jaga nanti parti tolak kita, itu lagi susah.
Teruskanlah Tajol asalkan bahagia anda dan kaum kerabat anda itu.
No comments:
Post a Comment