Friday, March 03, 2006

Isyarat awal penentangan rakyat terhadap kenaikkan harga minyak

Demonstrasi menentang kenaikkan harga minyak yang diadakan sebentar tadi sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As Syakirin KLCC telah berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 peserta, tidak termasuk mereka yang duduk di hadapan pejabat masing-masing.



Perarakkan dari Masjid As Syakirin itu telah menutup satu laluan Jalan Ampang, melalui Hotel Niko, Citibank, Bangunan MCA, Wisma Central dan terus ke kawasan laluan hadapan Menara Berkembar KLCC. Di sana mereka yang berarak tadi disertai pula oleh kaum wanita dan masyarakat serta pemimpin bukan Islam yang telah sedia menunggu ketibaab perarakkan itu.

Agensi berita antarabangsa Associated Press ataupun AP mengeluarkan dalam siaran berita terkininya:

Malaysian shout slogan, The government is cruel, long live the people, as they protest against the recent oil price hike in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, March 3, 2006. Several hundred people staged a peaceful demonstration Friday at Malaysia's tallest towers to protest the government's move this week to sharply raise retail gasoline prices.



(Aneh tak sampai 30 minit berkahirnya demo ini agensi berita antarabangsa AP telah pun menyiarkannya sedangkan agensi berita negara BERNAMA membisu seribu bahasa sehingga kini)

Di hadapan Menara Berkembar pemimpin-pemimpin alternatif masing-masing telah menyampaikan ucapan mereka berhubung isu kenaikkan harga minyak ini yang dikira paling membebankan rakyat jelata, antaranya Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dr Xavier Jayakumar dari Parti Keadilan Rakyat, Ronnie Liew AJK Pusat DAP, Datuk Paduka Ibrahim Ali serta Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden PAS.

Antara pemimpin lain yang turut berada di situ adalah Ketua Dewan Pemuda PAS YB Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Ustaz Ahmad Awang, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Badrul Amin, Sivarasa Rasiah, Dr Syed Azman disamping pemimpin dan wakil NGO dan mahasiswa.

Perhimpunan tersebut telah diperhatikan oleh puluhan anggota polis termasuklah dari Pasukan Simpanan Persekutuan ataupun FRU lengkap dengan water canon masing-masing. Tetapi tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa demonstrasi aman itu kecuali disatu ketika dimana helikopter PDRM terbang betul-betul di atas tempat para pemimpin alternatif berkumpul iaitu pada jarak tidak sampai 100 meter sehingga menimbulkan keresahan orang-ramai



Sejurus Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Ketua Pemuda PAS selesai membacakan doa, orang-ramai yang hadir telah berarak melalui Jalan Ampang sejauh kira-kira 500 meter lagi menuju ke Hotel Concorde dimana akhirnya majlis bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Rata-rata perhimpunan dan perarakkan yang besar itu telah menarik perhatian dan minat orang-ramai yang lalu lalang, serta berurusan di sekitar kawasan tersebut termasuklah para pekerja pejabat dan pelancong-pelancong asing.

Saya kira kejayaan mengumpulkan orang-ramai sejumlah itu adalah satu isyarat kepada kerajaan Dollah Badawi bahawa rakyat tidak bersetuju dengan tindakan beliau itu.

Sementara itu saya difahamkan oleh Hj Mahfuz Omar bekas ahli Parlimen Pokok Sena, bahawa pada waktu yang sama perhimpunan yang sama telah diadakan di Alor Setar dan turut menarik perhatian orang-ramai.

No comments: