Tuesday, March 07, 2006

Impak kenaikkan harga minyak:
Bercanggah antara Dollah dan Samy




Walaupun harga minyak telah naik namun para peniaga dan mereka yang terlibat dalam industri perkhidmatan disarankan agar tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan masing-masing kecuali benar-benar terjejas. Itulah lebih kurang bunyi arahan PM Dollah Badawi dan djaja ke sana-kemari oleh para menteri kabinet dan jentera kerajaan.

Dan sebagaimana dilaprokan oleh UTUSAN hari ini semalam Dollah Badawi menyeru kakitangan kerajaan agar mengamalkan kaedah kawalan kos bagi mengelakkan pembaziran dalam kerajaan ekoran kenaikan harga minyak itu.

UTUSAN melaporkan:

Beliau (Dollah Badawi) juga mengingatkan agar aktiviti rasuah tidak berlaku dalam sektor awam kerana ia juga akan meningkatkan kos dan akan menjadi masalah besar kepada kerajaan.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, sekiranya perkara itu tidak dikawal, semua harga barangan dan kos untuk menjalankan perniagaan akan meningkat.


Maka mereka (peniaga) akan mengalihkan kos tersebut kepada pengguna dan akhirnya penguna juga menanggung beban, kata beliau.

Kita perlu pastikan penguatkuasaan berjalan dengan baik, kalau harga barang naik, yang susah kita juga.

Dari cakap-cakap di atas kita seolah-olah mahu dikhabarkan bahawa pihak kerajaan ini benar-benar prihatin, walaupun terpaksa menaikkan harga minyak tetapi bertungkus-lumus memastikan yang tiada kenaikkan lain yang akan menyusul yang bakal menjerut leher rakyat.
Walaupun hakikatnya kita ketahui para peniaga sudah pun secara senyap-senyap menaikkan harga barangan sana dan sini, cuba kita raikan cakap-cakap Dollah ini kerana nak mengukur sejauh mana saranan PM dipatuhi oleh semua pihak.

Rupanya kalau nak mengukur tak perlu kita pergi jauh. Pada muka 8 akhbar THE STAR hari ini, Samy Vellu, Menteri Kerjaraya (yang memegang rekod Presiden MIC yang terlama dalam sejarah) menyebut:

The Government will consider increasing the value of tenders awarded to contractors of existing projects in view of the recent fuel price increase. The increase in oil prices will have an impact on building costs, especially for ongoing projects.

Kerajaan akan menimbangkan untuk menaikkan nilai tender yang telah ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor bagi projek yang sedang berjalan oleh kerana kenaikkan harga minyak tempuh hari. Kenaikkan harga minyak ini telah mendatangkan kesan terhadap kos bahan-bahan binaan terutama kepada mereka yang sedang menjalankan projek masing-masing.

Jelas ada konflik di sini, PM yang juga Menteri Kewangan meminta semua pihak menyerap kos kenaikkan ini, tetapi Menteri Kerjaraya dengans enan hati mengesyorkan agar nilai tender dinaikkan.

Naik nilai tender bermakna kerajaan perlu bayar lebih, bila kerajaan bayar lebih tidakkah kos itu sebenarnya dipindahkan kepada rakyat juga?

Kalau demikianlah caranya bayangkan apa akan terjadi terhadap RM4.4 billion yang dijimatkan melalui kenaikkan harga minyak ini. Kalau diserahkan ke tangan mereka yang seumpama Tok Samy ni silap-silap nilai RM4.4 billion itu akan mengecut sekelip mata kerana kos barang pembinaan naik, maka nilai tender pun perlu naik.

Bila naik, baru naik, berapa naik, banyak naik!

No comments: