Thursday, March 16, 2006

Pendedahan hutang tertunggak TNB: Siapa yang malu?

Timbalan Menteri Tenaga, Shaziman Abu Mansor semalam di Parlimen mendedahkan jumlah hutang tertunggak yang ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad di atas bekalan elektrik setakat Januari 2006.


Jumlahnya RM2.32 billion. Dan antara syarikat atau badan korporat yang memiliki jumlah tunggakan terbesar adalah:

Perwaja Steel Sdn. Bhd. RM254.33 juta
Nur Distribution Snd. Bhd. RM19 juta
Syarikat Stadium Shah Alam RM2.78 juta

Menurut Timbalan Menteri itu juga oleh kerana perbelanjaan modal (CAPEX) TNB yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, tahun lalu sahaja sebanyak RM6.6 billion, maka perbelanjaannya sahaja sebenarnya melebihi keuntungan yang dicatakan.

Maka suka tak suka setelah kita dihempapa dengan kenaikkan harga minyak baru-baru ini, bersedialah untuk dihempap pula dengan kenaikkan tariff elektrik.

Cuma yang kita rasa terkilan adalah bagaimana TNB menguruskan kutipan bil ataupun cajnya. Menurut Naib Presiden FOMCA, K. Koris, beliau pernah menerima aduan dimana para pengguna elektrik domestik dipotong bekalan mereka oleh kerana bil tertunggak yang hanya mencecah RM5!

Sedangkan syarikat gergasi dan korporat yang mengaut keuntungan besar, boleh berhutang berjuta-juta ringgit namun bekalan elektrik ke kilang dan pejabat mereka tidak pernah terputus.

Rakyat berhak mempertikaikan cara pengurusan TNB khususnya dalam baba mengutip hutang dan bil tertunggak seumpama ini. Kerana apabila sahaja mereka dilanda masalah besar seumpama ini maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Korporat yang keparat, bergaji besar dan hidup mewah, rakyat kebanyakkan terus-terusan menanggung derita.

Kemudian cuba kita lihat salah sebuah syarikat yang disebut di atas iaitu, Syarikat Stadium Shah Alam. Dalam hal ini MB Selangor perlu bertanggungjawab. Itu kita belum menerima laporan berkenaan bil tertunggak yan melibatkan PBT-PBT, yang kebanyakkannya yan besar-besar berada di Selangor.

Kalau kita ghairah dan megah dengan kemajuan negeri, Selangor Maju, tetapi stadium kebangaan kita bil letriknya pun tak berbayar, apa dah jadi ni?

Saya kira sebagaimana senarai penerima AP yang satu ketika dahulu pernah disiarkan secara terbuka dalam akhbar-akhbar tempatan, kali ini ahli-ahli Parlimen kita perlu mendesak agar senarai penghutang terbesar TNB (top 1,000 lah katakan) juga didedahkan kepada pengetahuan rakyat. Kalau TNB tak mampun dan berdaya kutip, biar rakyat sahaja yang turun berama-ramai mengutip hutang itu.

No comments: