Wednesday, March 08, 2006

SHITWATER: Siapa yang bersalah sebenarnya?

Dengan gagah Menteri Alam Sekitar melangkah keluar menyiasat dimana puncanya kejadian bekalan air busuk yang terjadi di negeri Selangor akhir-akhir ini.

Misi beliau semalam adalah untuk melawat Pusat Pelupusan Sampah di Bukit Tagar yang diuruskan oleh KUB Berjaya Enviro ataupun KBE (Umno memiliki kepentingan dalam KUB manakala Berjaya Group pula adalah kenderaan korporat gergasi judi Malaysia Vincent Tan), tempat yang dikatakan punca berlakunya kejadian air busuk itu.


Mukadepan NST hari ini

Cuma anehnya dalam misi siasatan itu Menteri berkenaan Azmi Khalid diterbangkan ke Bukit Tagar menaiki pesawat helikopter persendirian (mengikut maklumat helikopter milik Vincent Tan pula tu).

Azmi dan rombongan yang diringi Vincent Tan telah menghabiskan hambir 4 jam di Bukit Tagar bagi melihat sendiri bagaimana operasi pusat pelupusan sampah yang dikatakan terbesar dan terbaik di Malaysia itu.

Kesimpulannya:

Azmi menjatuhkan hukum bahawa syarikat Vincent Tan itu TIDAK BERSALAH dalam kes ini.

Azmi berkata sebagaimana di laporkan oleh akhbar THE SUN bahawa pada 26 Febuari terdapat kegagalan mekanikal pada injap yang mengawal aliran cecair buangan antara satu kolam ke kolam takungan. Kegagalan itu berlaku selama lebih-kurang setengah jam. Akibatnya berlaku resapan ammonia namun kejadian itu berlaku hanya sehari selepas akhbar-akhbar mendedahkan tentang kejadian bekalan air busuk ini di Selangor.

Menurut Azmi KBE menafikan punca air busuk itu kerana terjadinya kegagalan mekanikal ini kerana paras ammonia yang terlepas adalah sekadar 10 cu.m. iaitu satu paras yang mustahil boleh mencemarkan Sg. Selangor. Malah kata Azmi beliau berpuas hati bahawa pusat yang dikenadalikan KBE itu sebagai yang terbaik dan terbesar dalam negara.

Jadi siapa yang salah?

Saya petik kata-kata Azmi dalam Buletin Utama TV3 semalam:

There are two parts in this issue. First the source of water and second facility to clean up the water. The second responsibility belongs to SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor). So the issue is why SYABAS did not clear up the smell?

Terdapat dua bahagian dalam isu ini. Pertama punca air dan kedua kemudahan untuk membersihkan sumber air. Tanggunjawab kedua terletak pada SYABAS. Soalnya mengapa SYABAS tidak membersihkan bau yang dimaksudkan?

Menurut Azmi lagi Jabatan Alam Sekita memberi laporan bahawa SYABAS bukan sekadar bertanggungjawab membekalan air tetapi juga memastikan kualiti air yang dibekalkan itu mengikuti tahap kualiti piawaian.

Terpegun kita dibautnya melihatkan gelagat menteri Umno ini. Beliau berani menjatuhkan hukum secara terbuka, kalau demikian maka SYABAS perlu sangat dipertanggungjawabkan dan dihukum atas kecuaian mereka.

Tetapi untuk berlaku adil kepada semua pihak, mengapa Azmi tak terbang pula ke pusat punca bekalan dan rawatan air SYABAS? Mengapa terbang menyiasat ke KBE menggunakan kemudahan Tuan punya KBE, apakah ini tidak akan menimbulkan syak-wasangka bahawa Menteri mungkin dipengaruhi oleh pihak KBE?

Seperkara lagi UTUSAN hari ini pula melaporkan:

Pakar dan saintis yang terlibat sebagai panel Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) ke atas cadangan pembinaan pusat pelupusan sampah domestik Bukit Tagar itu pada 2004 pernah memberi amaran mengenai kemungkinan air resap tercemar atau leachate itu boleh mengalir ke sistem sungai. Namun ia tidak disetujui oleh pihak perunding projek itu.

Akhirnya, keputusannya yang turut dipersetujui oleh JAS pada masa itu ialah: Sekiranya leachate ini memasuki ke sistem sungai, maka pusat itu patut ditutup sepenuhnya.

Sementara itu rakyat Selangor terus –menerus menerima bekalan air busuk untuk kegunaan seharian mereka.

Saya kira untuk berlaku adil dan menyiasat perkara ini sehingga ke akar-umbi, satu Badan Penyiasat Bebas perlu segera ditubuhkan. Siasat SYABAS dan siasat KBE serta siasat sekali Jabatan Alam Sekitar Selangor.

Dan kepada rakyat Selangor yang terlibat, masing-masing perlu membuat laporan polis agar perkara ini segera dibuka untuk perhatian dan siasatan. Barangkali yang berada di belakang isu ini lebih busuk dari bau air yang terpancut keluar dari pili kita masing-masing. (Hairan MB Selangor yangs siang-malam dipalu, senyap seribu bahasa dalam isu ini?)

No comments: