Benarkah wanita Malaysia gilakan pendatang Bangla?
Saya perlu akui yang pemuda dari Bangladesh dan Pakistan ramai diantaranya tampan dan segak. Namun sebagaimana pemuda Melayu bukan semua pemuda Bangladesh dan Pakistan itu begitu. Ada juga yang mudah ditewaskan oleh pemuda Malaysia dari segi kekacakkannya.
Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah rimasnya saya dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Radzi Sheikh Ahmad yang disiarkan oleh NST hari ini. Kebetulan saya hanya terbaca mengenainya apabila mengunjungi laman web Al Jazeera yang memetik Radzi dan membuat laporannya berdasarkan kenyataan menteri itu.
Kata Radzi (dalam NST):
Two years ago, the Government stopped employers from recruiting Bangladeshi workers due to social problems created by them. They have blue eyes and look like Hindi film actors and they create social problems here, said Radzi.
Dua tahun lalu, kerajaan telah pun menghentikan pengambilan pekerja dari Bangladesh oleh kerana masalah sosial yang telah dicetuskan oleh kumpulan pekerja ini. Mereka ini bermata biru dan paras rupanya mirip para pelakon Hindi, dan mereka telah mencetuskan masa sosial di sini.
Berdasarkan kenyataan ini Al Jazeera melaporkan:
Bangladeshi workers banned from Malaysia because local women find them too attractive
Pekerja Bangladesh dilarang masuk ke Malaysia oleh kerana wanita te,patan mendapati mereka terlalu menarik
Menurut Al Jazeera maklumat tambahan ini diperolehi dari jurucakap menteri berkenaan Saiful Islam. Beliau dipetik sebagai memberitahu agensi berita antarabangsa AP:
He told The Associated Press that they were found to have harassed young women and eloped with married women, who apparently succumbed to their good looks and charms.
(Saiful) memberitahu Associared Press bahawa (pekerja Bangladesh) didapati telah menganggu gadis-gadis muda dan telah mengadakan hubungan dengan isteri-isteri orang, yang akhirnya terpikat kerana kecantikkan paras rupa (si pekerja Bagladesh tadi).
Memang kita ada mendengar kisah berkenaan gelagat pekerja Bangla yang menggoda anak-anak gadis Melayu termasuk isteri-isteri orang, akan tetapi saya yakin fenomena ini terlalu kecil sehingga perlu menteri berkenaan dengan mudah mendedahkannya kepada akhbar termasuk agensi berita antarabangsa seolah-olah ianya berlaku secara berleluasa.
Tidakkah ini menjejaskan maruah dan nama baik wanita Malaysia. Seolah-olah wanita Malaysia begitu longgar dan tidak berakhlak dan bermoral sehingga mudah tergila-gila pada pekerja Bangladesh semata-mata kerana kononnya tertawan dengan kekacakkan dan paras rupa mereka.
Saya katakan demikian kerana cuba kita lihat contohnya apa yang telah Al Jazeera lakukan. Stesyen TV antarabangsa itu telah menyiarkan gambar berikut (iaitu dua orang gadis Melayu yang bertudung yang sedang berihat membaca akhbar):
Di bawah gambar itu captionnya berbunyi:
Malaysian women are said to find Bangladeshi men irresistible
Wanita Malaysia mudah terpikat dengan lelaki Bangla
Itu baru Al Jazeera, bagaimana pula dengan yang lain?
Saya kira Pak Menteri atau siapa sahaja jurucakapnya perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan. seumpama ini. Jangan sampai mencemarkan nama baik Negara dan maruah serta harga diri wanita Malaysia.
Diperingkat ini Menteri berkenaan ataupun jurucakapnya itu bertanggungjawab dan perlu memperbetulkan kenyataan mereka agar salah tanggapan seolah-olah wanita Malaysia tiada tumpuan lain selain terpikat dan tergila-gilakan jantan Bangla itu segera diperbetulkan sebelum maruah Negara tercabar.
No comments:
Post a Comment