Article 11: Kumpulan pelampau yang perlu segera ditangani
Nama kumpulannnya ARTICLE 11 iaitu satu gabungan badan-badan NGO dan individu yang ditubuhkan tahun lepas yang kononnya berjuang untuk mendaulat dan mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama ataupun jantina.
Semalam kumpulan ini dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia ataupun Bar Council telah menganjurkan satu forum di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya bertemakan Perlembagaan Persekutuan: Melindui hak semua pihak (Federal Constitution: Protection for All).
Menurut penganjur tujuan forum tersebut adalah bagi membincangkan kesan keputusan terhadap kes-kes Nyonya Tahir, Moorthy dan Shamala khasnya ke atas rakyat Malaysia. Forum tersebut berhasrat mendedahkan permasalahan perundangan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi membentuk satu sistem kehakiman dan perundangan yang akan bertindak mempertahankan hak semua pihak.
Antara ahli panel yang dijemput memberikan pandangan adalah Ivy Josiah Pengarah Eksekutif Womens Aid Organaisation (WAO), Prof Dr Shad Faruqi dari UITM, bekas Presdien Bar Council Dr Cyrus Das, peguam Malik Imtiaz dan Ahli Parlimen Umno Kota Bharu Zaid Ibrahim.
Lalu forum yang dihadiri oleh 750 orang peserta itu telah menbuat ketetapan untuk melancarkan kempen memungut tandatangan ke seluruh negara bagi menandatangani surat terbuka yang dialamatkan kepada kerajaan Malaysia. Antara kandungan surat terbuka tersebut sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN:
The open letter observed that recent events showed that some judges have declined to adjudicate on pressing issues because they involved some elements of Islamic law, leaving litigants with no legal remedy.
The letter said the judges decision was a most unsatisfactory state of affairs and one which no civil society should have to endure.
We recognise that the spirit of the Constitution encompasses universal values of democracy, good governance, equality and respect for all. This is compatible with the principles of all faiths represented in Malaysia.
Surat terbuka tersebut melihat bahawa perkembangan sejak akhir-akhir ini menunjukkan yang para hakim enggan menghakimi isu-isu penting semata-mata kerana ianya melibatkan perundangan Islam, dan oleh itu menafikan hak perundangan ke atas para pemohon.
Menurut surat (terbuka ) itu lagi, keputusan-keputusan para hakim (dalam kes-kes ini) sunguh tidak memuaskan dan ianya tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah masyarakat yang beradab.
Kami (para penandatangan surat terbuka itu) mengiktiraf bahawa semangat Perlembagaan (Persekutuan) mempunyai nilai-nilai sejagat meliputi demokrasi, pentadbiran yang telus dan berhemah, persamaan dan saling hormat-menghaormati antara satu dan lain. Ini selaras dengan prinsip kepercayaan semua agama di Malaysia.
Kita sangkakan masyarakat Malaysia telah meletak ke belakang kontroversi kes-kes sensitif Moorthy, Nyonya Tahir dan Shamala. Isu ini telah pernah meletup sehingga ke peringkat tertinggi, dan ianya telah selesai dengan semua pihak mengiktiraf dan menghormati status quo yang sedia ada. Kita sangakakan begitu, rupanya tidak.
Rupanya masih ada pihak yang mahu membakar dan menghangatkan sengketa antara kaum dan agama khasnya melibatkan masyarakat Melayu Islam dan yang bukan Melayu dan bukan Islam.
Rupanya masih ada kelompok yang mahu memaksa masyarakat Melayu Islam agar tunduk dan akur terhadap tuntutan melampau mereka kononnya atas nama hak asasi dan prinsip kepercayaan semua agama sedangkan mereka dari golongan minoriti.
Berjaya juga kumpulan ini memperkakaskan dua-tiga individu Melayu yang memang pun mahu diri mereka diperkakaskan kononnya mahu menjadi juara semua kaum dan agama.
Nampaknya golongan yang mahu mengubah status quo yang ada ini masih berhasrat mahu meyakinkan kerajaan agar tunduk pada tuntutan mereka yang selari dengan tuntutan Inter Faith Commission ataupun IFC yang mahukan hak serba-serbi kerana kononnya status quo yang ada terhadap agama Islam di negara ini terlalu menyekat dan mengongkong mereka.
Mereka begitu bertekad dan berani sehingga mahu melancarkan pula kempen memungut tandatangan ke seluruh negara.
Saya berharap umat Islam dinegara ini berhati-hati dengan golongan ini. Kita semua kasihkan negara ini dan kita semua telah pun bersedia hidup dalam sebuah negara berbilang kaum yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sudah hampir 50 tahun kita boleh hidup dalam keadaan demikian, maka mengapa tiba-tiba kita mahu benarkan satu kelompok kecil yang kononnya bijak sangat dalam bab hak asasi mahu merobah dan menghancur-lumatkan apa yang telah kita bina dan terima selama ini!
Malik Imtiaz tanpa memikirkan implikasi ucapan beliau telah berkata (dalam forum tersebut semalam):
The constitution is supreme. The lifestyle (rights) we have been promised by the Constitution, no one can take that away. Malaysia is not an Islamic State. The law of the land is a secular paradigm.
Perlembagaan Persekutuan itu hukum tertinggi. Tiada siapa dapat merampas hak dan cara hidup yang dijanjikan oleh Perlembagaan. Malaysia bukannya sebuah Negara Islam. Undang-undang negara ini adalah bersifat sekular.
Bolehkah kita terima manusia yang longgar seperti ini?
Pihak kerajaan perlu segera membuat keputusan dan menghentikan tindak-tanduk kumpulan pelampau ini yang hanya akan mengancam status Islam dan memporak-perandakan hubungan antara kaum dan agama yang telah sekian lama kita bina bersama. Umno sendiri perlu bertindak terhadap ahlinya (Zaid Ibrahim) yang turut menjadi juara dalam tuntutan kumpulan pelampau ini.
Jangan sampai umat Islam bertindak balas, jangan menguji kesabaran umat Islam, jangan terlalu ghairah sehingga berani menjolok sarang tebuan yang selama ini tidak menganggu mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment