Khir Toyo MB yang tidak berhati perut
Apabila banjir besar melanda para penduduk di Shah Alam yang tiggal disekitar Sg. Damansara pada 25 Febuari lalu, rakyat seluruh negara melahirkan simpati kepada para penduduk yang terjejas.
11,000 orang penduduk dan hampir 3,000 buah rumah disekitar TTDI Jaya, Kg. Melayu Subang dan Kg. Melayu Kebun Bunga teruk terjejas apabila air sungai yang melempah naik sehinga ke paras dada malahan ada yang mencecah bumbung rumah masing-masing.
Akhbar dan TV menyiarkan hampir setiap hari kemusnahan besar yang ditanggung oleh para penduduk di sana.
Bagaimana sungai tersebut boleh memuntahkan airnya sehingga begitu teruk rakyat jelata terjejas sehingga ke hari ini masih menimbulkan tanda-tanya. Namun apakah usaha-usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi memastikan bencana ini tidak berulang lagi.
Berbagai kenyataan kita dengar, pada awalnya seorang EXCO mengatakan kerajaan negeri kononnya telah pun meluluskan RM10 juta seminggu sebelum kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan ban dan mendalamkan sungai berkenaan. Selepas itu Datuk Bandar Shah Alam pula mengumumkan bahawa RM350 juta akan dibelanjakan bagi memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang.
Semalam MB Khir Toyo telah bertemu dengan para penduduk TTDI Jaya serta Persatuan Komuniti TTDI Jaya untuk berdailog.
Pengerusi Persatuan Komuniti TTDI Jaya Abdul Jabar Kasim difahamkan telah menjelaskan darihal jumlah kerugian yang dialami kira-kira 1,200 penduduk taman itu iaitu melebih RM150 juta. Adalah dianggarkan kerugian bagi setiap rumah di taman itu hampir RM100,000 yang membabitkan kerugian harta benda sebanyak RM15,000, kerosakan kenderaan (RM20,000) dan kerugian yang ditanggung akibat susut nilai harta (rumah) sebanyak RM60,000.
Apabila ditekan dengan tuntutan-tuntutan demikian Khir dikatakan telah melenting lalu mengugut para penduduk dengan menyatakan:
Mahu atasi banjir atau pampasan
Kata Khir kerajaan mahu memberi tumpuan kepada mengatasi masalah banjir dari berulang semula, oleh itu isu pampasan tidak timbul.
Saya dapat bayangkan betapa keciwanya para penduduk berkenaan dengan penjelasan Khir itu. Mungkin mereka merasa tertipu, mungkin terpedaya, apa pun sepatutnya kerajaan negeri yang MAJU itu mengambil kira kebajikan dan kesusahan rakyat. Bayangkan kemusnahan yang telah mereka alami, mustahil kerajaan negeri yang berbangga dengan nilai ekspot mencecah USD22.89 billion (lihat laporan ketika mengisytiharkan SELANGOR MAJU 2005) tak dapat menghulurkan tangan membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Simpati saya kepada penduduk TTDI Jaya. Anda semua masih ada peluang bersuara melalui peti undi Pilihanraya Umum nanti.
No comments:
Post a Comment