Monday, March 20, 2006

Orang Terengganu tolak PAS kerana kempunan karaoke

Kadangkala pedih juga kita membacanya, seolah-olah rakyat Terengganu tidak ada keutamaan lain selain gilakan hiburan berfoya-foya dan bersuka-ria yang dikatakan diharamkan sewaktu PAS memerintah.

Akhbar NST hari ini membuat liputan 2 tahun pemerintahan BN di Teregganu dengan sebuah artikel bertajuk:

Terengganu: Now we can sing our hearts out
Terengganu: Kini kami boleh menyanyi sesuka hati kami

Bahagian awal artikel ini mendedahkan betapa rakyat Terengganu kini berasa lega yang di bawah kerajaan BN mereka bebas berkaraoke bersama kawan-kawan diwaktu lapang. Menurut mereka walaupun kerajaan PAS dulu tidak tutup pusat-pusat karaoke namun premis baru tidak diizinkan seolah-olah mahu menunjukkan yang berkaraoke itu sesuatu yang buruk.


Majlis tari-menari sempena
Monsoon Cup baru-baru ini

Menurut laporan beberapa pusat karaoke baru telah terbuka termasuk sebuah di hotel milik kerajaan negeri iaitu di Primula Beach Resort. Namun turut dilaporkan yang larangan terhadap alkohol atau minuman yang memabukkan yang diharamkan oleh PAS terus dikekalkan BN.

Seorang wanita kakitangan kerajaan kemudiannya dipetik sebagai berkata bahawa PAS telah mengharamkan semua bentuk pertunjukkan dan konsert. Kini boleh dengan syarat artis yang dijemput berpakaian sopan.

Walaubagaimanapun berbeza dengan rakyat Melayu, rakyat Cina di Terengganu berbeza pandagan dan penerimaan mereka.

Seorang pemimpin Dewan Perniagaan Cina, Low Kian Chuan umpamanya berkata semasa PAS dulu dan kini BN sama sahaja, tidak ada gangguan terhadap majlis-majlis persendirian dengan syarat tidak terdapat kegiatan yang tidak bermoral.

Malah seorang wanita Cina, Mrs Tan yang ditemubual oleh NST mendakwa bergembira dengan larangan-larangan yang diperkenalkan oleh pihak PAS yang kini terus dikekalkan oleh BN iaitu berkenaan kaedah berpakaian sopan. Kata Mrs Tan, beliau gembira kerana anak-anak muda negeri tersebut tidak terpengaruh dengan cara berpakaian Barat.

Demikianlah laporan NST yang saya sendiri tidak pasti apakah arah maksudnya. Orang Melayu dikatakan bergembira kerana kerajaan BN Islam Hadhari Terengganu Bestari dikatakan lebih flexible terhadap isu-isu hiburan berbanding PAS. Kini orang Melayu Terengganu boleh menyanyi sesuka hati mereka, di kelab-kelab dan premis karaoke pilihan mereka. Kini orang Melayu Terengganu boleh berhibur dalam majlis-majlis konsert, yang mereka langsung tidak dapat rasai semasa PAS memerintah.

Akan tetapi bila diambil pandangan masyarakat Cina mereka pula seolah menerima perubahan yang dibawa PAS dan mengalu-alukkan apa yang dilakukan BN.

Apakah begini sebenarnya sikap rakyat jelata khasnya warga Melayu Islam di Terengganu? (Hanya rakyat Terengganu yang layak menjawabnya.)

Tetapi bagi NST untuk menonjolkan isu ini seolah mengambarkan itulah punca-punca PAS ditolak, iaitu kerana menyekat rakyat Terengganu dari bersuka-ria. Benarkah demikian? (Sekali lagi hanya rakyat Terengganu yang layak menjawabnya.)

Bagi saya NST telah merendahkan daya pemikiran dan harga diri rakyat Terengganu khasnya majoriti yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. NST kononnya mahu memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan PAS, tetapi ai ntidak sedar yang sebenarnya diburukkan adalah rakyat Melayu Islam Terengganu itu sendiri.

No comments: