Bahasa kesat di Parlimen terbit dari wakil rakyat yang bermasalah
Bukannya kali pertama kita mendengar laporan darihal ahli-ahli Parlimen khasnya ahli-ahli Dewan Rakyat yan menggunakan bahasa-bahasa kesat, berbau perkauman dan lucah semasa mengambil bahagian dalam perbahasan dan semasa sessi soal-jawab.
Lazimnya amalan yang tidak berakhlak ini dipertontonkan oleh ahli-ahli dari BN khususnya dari Umno. Hansard atau laporan persidangan dewan boleh dirujuk bagi mengesahkan kenyataan ini.
Semalam di Dewan Rakyat sekali lagi juak-juak yang longgar moralnya itu telah menggunakan majoriti besar mereka di dewan sebagai lesen untuk mereka memperkatakan apa sahaja sesedap mulut, bagi memaki, menhasut dan menganggu wakil-wakil dari parti lain.
Akhbar The Star membawa tajuk:
House sounds like a zoo as reps resort to name-calling
Dewan laksana zoo apabila para wakil bertukar-tukar ejek-mengejek
Utusan pula membawa tajuk:
Taman haiwan cetus kekecohan
Manakala The Sun melaporkan:
mengatakan bahawa Badruddin tidak memahami apa yang diperkatakannya dan cuba mengapi-apikan
Animal kingdom debate
Dan seperti biasa hero atau Pak Lawaknya adalah tak lain dan tak bukan, wakil dari Jerai, Badruddin Amiruddin. Ianya bermula apabila wakil Jerai tersebut menganggu ucapan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang yang menyentuh darihal jumlah kakitangan di sektor perkhidmatan awam yang dituduhnya didominasi oleh kaum Melayu.
Utusan melaporkan:
Kit Siang kemudian mencelah dengan kemarahan orang Melayu.
Beliau seterusnya menyifatkan Badruddin sebagai: Yang Berhormat tidak ada otak.
Badruddin yang marah dengan gelaran itu kemudian menyelar Kit Siang dengan menyifatkan beliau sebagai otak binatang.
Bermula dari situ, Kit Siang menyifatkan perbahasan itu sebagai taman binatang kerana tidak tahan dengan gangguan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Jerai itu.
Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) turut mencelah dengan mengatakan, Kit Siang sebagai ketua binatang di taman berkenaan.
Laporan The Sun menambah:
An agitated Badruddin responded immediately by saying that Lim had otak binatang (animal brain).
Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) got into the act and complained to the Speaker that Otak Binatang is unparliamentary word.
An angry Badruddin retorted and told Chong that she was nothing more than an Ular Sawar (python).
Kasihan dan sedih kita melihat gelagat dan perangai wakil-wakil rakyat kita yang diwakilkan oleh rakyat duduk di dewan yang tertinggi dan termulia dalam negara! Pasti mereka yang menggunakan kesempatan berada di dewan dengan mengeluarkan bahasa yang seumpama ini adalah terdiri dari mereka yang mempunyai masalah mental kerana tidak mampu mengawal emosi.
Mereka ini perlu segera dirujuk kepada pakar sakit jiwa, kerana pasti jiwa mereka bermasalah. Jika tidak takkanlah di dewan yang semulia itu mereka hilang pertimbangan dan boleh sahaja dengan mudah mengeluarkan ayat dan bahasa yang tidak layak diucapkan di sana. Saya kira orang yang seumpama inilah yang mudah mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat kerana kalau di tempat seperti Dewan rakyat pun mereka sudah hilang kawalan emosi bayangkan bila berhadapan dengan orang-ramai, kaum keluarga dan anak-isteri.
Sebelum ini saya pernah melihat rakaman di Dewan Undangan Negeri Terenganu dimana wakil kerajaan menggunakan perkataan BABI terhadap wakil rakyat dari blok pembangkang. Dan di Dewan Undangan Negeri Kelantan wakil pembangkang pernah memaki wakil kerajaan sebagai BARUAH.
Kesimpulannya lain kali bila kita diberikan amanah memilih wakil, pastikan kita pilih mereka yang berakhlak mulia dan tidak mudah hilang akal seperti yang kita bincangkan dan beri contoh di atas.
No comments:
Post a Comment