Friday, March 10, 2006

The Star mual dengan artikel Marina

Ruangan tetapnya Musings yang terbit dalam akhbar harian The Star setiap hari Rabu tidak keluar Rabu lepas. Semalam pun The Star tidak menyiarkannya walaupun Marina ada mengeluarkan kenyataan bahawa ruangannya itu akan dikeluarkan pada hari tersebut. Akhirnya hari ini barulah The Star menyiarkan ruangannya atas tajuk:



No cheer for Muslim women

Tiada yang mengembirakan bagi wanita Muslim

Mengapa tiba-tiba Marina menerima layanan sedemikian dari akhbar tersebut? Harus diingati bahawa MCA salah sebuah parti komponan BN memiliki kepentingan dalam akhbar tersebut. Dan sudah barang pastilah tulisan atau artikel yang menganggu-gugat kerajaan akan samada diedit ataupun digelapkan oleh pengarangnya. Tulisan Marina kali ini menyerang Islam dan peraturan Islam terhadap kaum wanita yang terpakai di Malaysia.

Saya kira Marina telah menjangkakan yang artikel beliau itu akan menghadapi masalah dengan The Star lantas beliau telah pun awal-awal lagi mengedarkan teks penuhnya ke beberapa media lain, khasnya diperingkat antarabangsa. Blog Bakri Musa (seorang jurubedah di California) umpamanya telah menyiarkan teks penuh tulisan beliau.

Dalam rungan Marina yang terbit hari ini The Star telah pun menggelapkan beberapa perenggan akhir tulisan asal beliau yang menyerang Perdana Menteri dan anggota kabinetnya (yang sudah pasti tidak menepati selera mereka). Tulisan tersebut berbunyi:

Malaysian leaders claim to stand for all citizens. Our Prime Minister boasts of being the Prime Minister of all Malaysians. Our Ministers work for all Malaysians in their respective portfolios. There are two exceptions to this. The Minister for Islamic Affairs is obviously only for Muslims; even though some of the things he does affect others. The Minister for Women purports to work for all Malaysian women, even though not all Malaysian women benefit from that work.

We should formally consolidate the apartheid of women in this country by having a Ministry for Non-Muslim Women which works to ensure that Non-Muslim women enjoy the benefits of the Convention for the Elimination of Discrimination against Women. Malaysia signed this UN document and is thus legally bound to implement it. Meanwhile the Ministry for Muslim Women works to gag and bind Muslim women more and more each day for the sake of political expediency under the guise of religion.

Tetapi saya yakin kiranya ayahanda Marina masih bertakhta di Putrajaya kemungkinan tiada sepatah pun ayat Marina yang berani diumpel oleh The Star. Demikianlah hidup laksana roda kadangkala di atas kadangkala di bawah dan Marina perlu menerima hakikat ini.

No comments: