Wednesday, March 08, 2006

Happy Birthday Tok Samy

Hari ini 8 Mac 2006 adalah hari ulangtahun kelahiran Samy Vellu yang ke 70!



Baru beberapa hari lepas beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presdien MIC, jawatan yang beliau pegang selama lebih suku abad iaitu sejak tahun 1981. Bukan hanya beliau menang selesa malah beliau turut mengisytiharkan calon Timbalan Presiden pilihan beliau iaitu G.Palanivel dengan mengenepikan S.Subramaniam yang setia sebaai Timbalan Presiden sekian lama.

Semalam semasa ditemuramah oleh para pemberita berkenaan status kadar tol di Malaysia, beliau memulakan ucapan beliau dengan satu kesilapan yang tidak disengajakan (yang boleh dilihat dalam siaran berita TV) dimana beliau antara lain berkata:

Tahun ini tidak ada tol lagi.

Apabila menyedari kesilapan beliau, Tok Samy segera memperbetulkannya dengan mengatakan sebenarnya tiada kenaikkan kadar tol bagi tahun ini (setelah harga minyak naik mendadak).

Apabila para pemberita bertanya bagaimana dengan tahun hadapan, dengan pantas Tok Samy menjawab:

Kita bercakap pasal tahun ini. Mengapa cakap pasal tahun depan.

Demikianlah karenah Tok Samy, salah seorang antara Menteri kabinet yang paling lama memegang jawatan. Menteri yang mencipta rekod mengetuai kumpulan 9 orang Menteri mengirim memo kepada PM untuk meminda peruntukkan perlembagaan.

Samy mungkin dibenci oleh banyak pihak kerana keangkuhan beliau disamping keterlibatan beliau di dalam beberapa kes yang sering menimbulkan tanda-tanya. Namun apa pun setiap kali Pilihanraya Umum Presiden MIC ini akan tetap menang besar di kerusi beliau di Parliemn S. Siput, Perak yang kebetulan majoriti pengundinya adalah pengundi Melayu.

No comments: