Tuesday, March 21, 2006

Selangor Maju: Anak syarikat rugi besar

Kerajaan negeri Selangor memiliki dua buah anak syarikat yang merupakan sayap korporatnya yang berperanan menjana dan membantu membawa pembangunan kepada negeri Selangor disamping menjana keuntungan untuk mafaat rakyatnya.

Dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia itu adalah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.



Kedua-dua syarikat ini terlibat dalam pelbaai projek dan usahasama termasuklah pembinaan, pembangunan hartanah, pengurusan hotel, pendidikan dengan memiliki sejumlah besar hartanah dan hotel di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Hotel Quality di Shah Alam dan Kuala Lumpur umpamanya adalah milik mereka disamping Perangsang Templer Golf Club. Selain itu dibidang pendidikan Universiti Industri Selangor, UNISEL dan INPENS International College adalah milik mereka belaka.

Walaubagaimanapun menurut pengumuman yang dibuat di Bursa Malaysia 28 Febuari lalu, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005 kedua-dua syarikat milik kerajaan negeri ini telah mencatatkan kerugian besar sebelum cukai iaitu:

Kumpulan Hartanah

RM188.780 juta berbanding kerugian sebelum cukai bagi tahun 2004 RM83.150 juta

Kumpulan Perangsang

RM97.904 juta berbanding keuntungan sebelum cukai bagi tahun 2004 RM6.68 juta

Bagi Kumpulan Hartanah kerugian kali ini lebih dari satu kali ganda keruian tahun 2004 manakala Kumpulan Perangsang pula menjunam teruk berbanding keuntungan yang dicatatnya bagi tahun 2004.

Menurut Ketua Pembangkang DUN Selangor Sdr Teng Chang Khim jumlah kerugian kedua-dua buah anak syarikat kerajaan Selangor ini iaitu RM286 juta sesungguhnya bersamaan hampir suku ataupun satu perempat dari jumlah belanjawan negeri Selangor pada tahun 2005 iaitu sebanyak R$M1.08 billion.

Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

Kerajaan negeri pimpinan MB Khir Toyo perlu memberikan penjelasan kepada rakyat bagaimana syarikat-syarikat ini boleh mengalami prestasi yang begitu buruk dalam keadaan beliau sendiri begitu ghairah mempromosi Selangor sebagai sebuah negeri yang serba-serbi maju dan advanced.

Kerjaaan negeri perlu melakukan penyaisatan terperinci dan menuntut agar pihak pengurusan kanan dan lembaga pengarah mengambil tanggungjawab di atas kerugian yang memalkukan ini!

Nampaknya kecekapan dan prestasi Khir sebagai Ketua Eksekutif negeri semakin dipersoalkan dan menjadi tanda-tanya. Selangor memerlukan seorang pemimpin yang dinamik dan berwibawa bagi menakhodai bahteranya yang besar dan megah itu. Khir nampaknya gagal dikebanyakkan bidang termasuklah pengurusan PBT, pengurusan bekalan air, pengawalan banjir dan kini pengurusan syarikat korporat milik kerajaan negeri.

Mungkinkah sudah tiba masanya untuk Selangor bertukar teraju?

No comments: