Thursday, March 02, 2006

Krisis kenaikkan harga minyak:
TPM gagal meyakinkan rakyat

Kenaikkan terbaru harga produk-produk petroleum sebanyak 30 sen seliter terus-menerus menghantui rakyat Malaysia. Ini merupakan kenaikkan terbesar dalam sejarah bagi satu-satu tempuh. Sesungguhnya rakyat jelata masih lagi merintih dengan kenaikkan terakhir sebanyak 10 sen seliter kira-kira 7 bulan lepas yang telah teruk menjejaskan penghidupan mereka dan kini satu lagi kenaikkan iaitu yang terbesar pula dihempapkan ke atas kepala mereka.

Peritnya kenaikkan ini dan impaknya terhadap rakyat jelata sehinggakan Pergerakkan Pemuda parti Gerakan yang merupakan komponan Barisan Nasional turut melahirkan ketidakpuasan hati mereka. Timbalan Ketua Pemudanya Lim Si Pin yang juga anak kepada Presidennya Keng Yaik menyatakan:

We are saddened by the fact that the Barisan Nasional (BN) government has to resort to such strategies to balance the fiscal policies of the country. Even though, in the long-term it may be of benefit to the country as a whole, the sharp increase in the retail prices of fuel does no good for the country but will only burden the rakyat.

Kami begitu berdukacita apabila mengetahui bahawa kerajaan Barisan Nasional memilih untuk mengunapakai strategi seumpama ini (menaikkan harga minyak) atas alasan mahu mengimbangi polisi fiscal negara. Walaupun pada jangkapanjang ianya mungkin menguntungkan Negara namun kenaikkan mendadak harga runcit minyak ini tidak akan membawa kebaikan kepada Negara malahan hanya akan mebebankan rakyat.

Saya tidak menyalahkan Si Pin kerana memilih untuk tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan walaupun partinya merupakan anggota kepada kerajaan yang ada (dan bapanya pula naggota kabinet). Ini hanya membuktikan betapa rakyat yang rasional sungguh-sungguh tidak dapat menerima keputusan ini kerana kesan langsungnya yang pasti parah dan membebankan.

Yang jelasnya kesan kenaikkan harga minyak dunia ini dialihkan terus oleh kerajaan kepada rakyat tanpa memikirkan kemampuan dan ketahan rakyat jelata dari pelbagai peringkat untuk menerimanya.

Yang anehnya harga produk petroleum ini naik 30 sen seliter (Ahad lepas) pada saat harga minyak mentah dipasaran dunia ketika itu jatuh (hujung minggu yang sama) USD1.91 iaitu dari USD63 setong ke USD61 setong!

Menurut Setiausaha Agung DAP, Sdr Lim Guan Eng:

Biasanya harga barangan petroleum naik ketika harga minyak mentah dunia naik, akan tetapi dalam hal ini kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka mengumumkan kenaikkan disaat harga minyak mentah dunia sedang menurun?

Besarnya kesan kenaikkan ini terhadap rakyat sehingga memaksa TPM Najib Tun Razak untuk terbit secara langsung melalui saluran-saluran perdana TV jam 9 malam tadi bagi meyakinkan rakyat agar menyokong tindakan kerajaan ini.



Kata Najib:

Kita mengambil sikap paling bertimbang rasa (dalam pengumuman kenaikkan ini) kerana paras harga runcit minyak kita adalah antara yang terendah di dunia.

Bukan lagi rantau ini tapi diperingkat dunia, kata Najib. Sekiranya itulah modal yang dijaja kerajaan sekali lagi saya tekankan kenapa tidak turut bandingkan kos penghidupan rakyat di negara-negara berkenaan, yang sesungguhnya jauh lebih rendah dari kita. Jangan pergi terlalu jauhlah, lihatlah akan kualiti kehidupan rakyat kita sendiri. Pada kadar harga minyak dunia baru mencecah USD61 setong kita sudah memaksa rakyat membayar RM1.92 seliter (di Semenanjung), bagaimana kalau ia mencecah USD70, bagaimana kalu ia mencecah USD100 setong sebagaimana pernah diramalkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah?

Kata Najib lagi:

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa kenaikkan ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan jika kita menerima hakikat ini maka mudahlah kita merubah cara hidup kita (bagi mengikuti perkembangan ini).

Dan Najib turut memomokkan rakyat dengan mengatakan bahawa nanti akan tiba masanya (2010) apabila Negara akan berubah dari menjadi net exporter ataupun pengekspot minyak kepada net importer ataupun pengimpot minyak lantaran pengeluaran minyak mentah kita yang tidak berubah iaitu pada kadar 650,000 tong sehari berbanding kegunaan tempatan yang semakin meningkat.

Mana pergi keuntungan Petronas itu? Menurut Guan Eng lagi:

Petronas mencatakan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun! Keuntungan ini menurut Guan Eng tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang!

Lalu mengapakah dalam keadaan mewah sedemikian, rakyat yang dipaksa menanggung bebannya? Rakyat yang disuruh car pool, disuruh membuat adjustment terhadap gaya hidup, disuruh berjimat cermat, tetapi hasil berbillion-billion masuk ke kantung kerajaan, rakyat tidak merasanya barang setitik pun.

Kos hidup rakyat semakin melambung tinggi, harga barangan keperluan semakin melangit, manakala gaji dan pendapatan rakyat masih ditakuk lama, dan TPM dengan senyum simpul dan senang hati merayu agar rakyat menerima segala-galanya sebagai suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan.

Jangan khuatir bukankah kita semua rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang?

No comments: