Sunday, March 05, 2006

Selangor Maju menghasilkan air najis

Bekalan air di Lembah Kelang khasnya di Selangor MASIH berbau BUSUK!

Ada yang mengatakan berbau bangkai, ada yang mengatakan berbau macam sampah dan ada yang mengatakan ianya SHIT WATER, walaupun kelihatan jernih macam biasa namun baunya melekat dan menjijikkan.



Apa sudah jadi?

Dua hari lepas akhbar THE MALAY MAIL melaporkan:

THE public was told by Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) that excessive ammonia was the reason for their smelly tap water. And that it was nothing to worry about.

The whole story is now out, and you may be horrified. Discharges from pig and dairy farms, oxidation ponds and palm oil mills caused the ammonia, it was revealed by the Selangor State Government yesterday.

Orang ramai dimaklumkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor SYABAS bahawa punca bauk busuk pada bekalan air adalah kerana kemasukan ammonia yang berlebihan. Ianya tidak perlu dibimbangi.

Kini segalanya telah terbongkar, dan anda pasti terperanjat. Amonia berlebihan itu sebenarnya berpunca dari sisa buangan dari ladang ternakan dan babi, kolam kumbahan dan sisa dari kilang-kilang kelapa sawit sebagaimana yang didedahkan oleh Kerajaan Selangor semalam.

Bagaimana perkara seumpama ini boleh dibiarkan berlaku?

Bekalan air merupakan suatu keperluan penting untuk makan-minum dan penyucian. Ianya penting untuk rakyat semua bangsa. Malah lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang menggunakan air sekurang-kurangnya lima kali sehari untuk berwuduk sebelum solat.

Saya tidak tahu apakah yang sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor Maju diketika ini yang pastinya paip air saya dan jiran-jiran disaat ini masih mengeluarkan air yang berbau busuk!

No comments: