Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Friday, May 26, 2006
Whip BN bagai WHIPped Potatoes KFC
Bila meletus isu TUTUP SEBELAH MATA ahli Parlimen Jasin Mohd Said Yusof yang hangat diperkatakan itu, kita lihat heboh dan riuh anggota-anngota Parlimen BN dan Kabinet sendiri.
Saya teringat sehingga PM Dollah Badawi pun pada asalnya beria-ia mahu terlibat dalam Panel Khas mendengar kes ini.
Maka atas laporan Ketua Whip BN di Parlimen, Najib Tun Razak yang juga TPM, Kabinet mengarahkan ditubuh satu Panel Khas untuk mendengar kes ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Maka dibentuklah panel ini dengan anggotanya terdiri daripada Najib sendiri serta Samy Vellu, Chan Kong Choy dan Nazri Aziz.
Mana satu Colonel Sanders yang sebenar???
Menurut laporan Panel Khas ini telah memanggil dan merekodkan kenyataan Pengarah Kastam Melaka, anggota penguatkuasa kastam yang terlibat serta ahli Parlimen berkenaan.
Ramai yang menjangkakan sekurang-kurangnya Whip BN akan mengesyorkan agar ahli Parlimen berkenaan digantung dari jawatannya sebelum keputusan muktamad diambil. Tiba-tiba lain yang dijangka lain yang berlaku.
UTUSAN melaporkan Najib sebagai berkata:
Kalau kita buat apa-apa keputusan seperti gantung atau kata tak bersalah atau apa ke, ini akan bagi kesan kepada siasatan polis dan BPR. Adalah tidak tidak wajar bagi saya mendahului siasatan yang dibuat oleh agensi itu.
Jadi lebih baik kami tunggu hingga selesai siasatan itu, kalau tidak ia boleh dianggap mempengaruhi siasatan. Jadi kita tangguhkan dulu keputusan berkaitan kes itu
Kalau beginilah keputusan Panel Khas ini, lebih baik jangan ditubuhkan sejak awal lagi. Tidakkah ianya telah membuang masa dan kos mereka yang terlibat!
Diperingkat ini semua pihak tahu bahawa BPR dan polis sedang menyiasat, tetapi ianya bukan satu alas an bagi Panel ini untuk tidak bertindak. Menangguhkan keputusan sedemikian rupa bagi saya membuktikan bahawa BN tidak berani bertindak terhadap anggota mereka, kerana takutkan implikasi politik.
Belajarlah bersikap berani kerana benar Najib walaupun terhadap kalangan anda sendiri.
Ada sahabat bagi tahu kalau beginilah sikap Whip BN di Parlimen maka ianya lebih kurang WHIPped Potatoes KFC sahaja, enak dimakan dengan ayam goreng!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment