Tuesday, May 09, 2006

Lelaki Kominis Terakhir diharamkan

Akhbar-akhbar tempatan telah pun membuat review yang baik dan berjela-jela tentang filem semi musical documentary berkenaan hidup bekas Setiausaha Agung PKM Chin Peng tulisan, arahan dan terbitan Amir Muhammad.

Malah filem 90 minit itu telah pun dijadualkan tayangannya di pawagam-pawagam GSC pada 18 Mei ini setelah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia.



Tiba-tiba Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa filem itu diharamkan setelah Menteri berkenaan menggunakan kuasanya di bawah seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 kerana berpendapat bahawa filem tersebut tidak sesuai atas kepentingan umum. Bermakna filem tersebut telah di ISA kan!

Amir Muhammad, 33 tahun merupakan seorang anak muda yang sungguh kreatif dan berbakat.Mematikan usaha seninya begitu sahaja setelah beliau bersusah payah memperolehi mandat dari FINAS dan kelulusan LPF sungguh mengecewakan.

Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin sebagaimana dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini meyokong penuh tindakan pengharaman itu.

Beliau mengeluarkan katta-kata keras yang berbunyi:

The film was made by a young Malaysian who never experienced the brutality of the communists.

We were the ones who fought the communists. There is no need to glorify Chin Peng or to try to turn him into a hero.

Tetapi anehnya beliau sendiri mengakui belum menonton filem tersebut!

Apabila pemberita memaklumkan beliau bahawa Amir Muhammad memperolehi inspirasi menerbitkan filem tersebut setelah membaca buku karangan Chin Peng: My Side of History (yang tidak pula diharamkan oleh kerajaan Malaysia) Zainuddin berkata:

But there is no need to ban the book. Only a handful of people read books but films are watched by many and can easily influence people.

Saya sedih melihat seorang Menteri kabinet memiliki mentaliti yang begitu cetek dan kolot. Sudahlah beliau sendiri mengakui belum menonton filem yang dimaksudkan, beliau turut mengakui bahawa hanya segelintir rakyat Malaysia membaca.

Untuk makluman Zainuddin ketika buku Chin Peng itu dikeluarkan pada tahun 2003, ianya begitu laris dijual sehingga para pembaca sukar memperolehinya di pasaran terbuka. (saya sendiri terpaksa berkejar dari satu MPH ke satu MPH kerana stoknya habis) Barangkali Zainuddin tak perasan semua ini sebab beliau sendiri pun tidak minat membaca.

Berbalik kepada filem terbitan Amir ini saya rasa tindakan kerajaan agak keterlaluan dan perlu disemak semula demi memberi keadilan kepada semua pihak.

Di dalam BLOG nya di http://lastcommunist.blogspot.com/ Amir mendakwa semacam ada konspirasi menyekat filemnya apabila akhbar Berita Harian tiga hari berturut-turut membuat liputan berkenaan reaksi orang-ramai terhadap filem beliau itu sedangkan hakikatnya tidak seorang pun dari yang memberi pandangan itu pernah menonton filem bikinan beliau itu.

Saya melihat rekasi dangkal dan memualkan ini serupalah sebagaimana kisah orang buta memegang gajah. Kalau tulisan Chin Peng yang sedemikian detail boleh kita luluskan, mengapa filem sebegini yang tidak pun memaparkan wajah Chin Peng ataupun sebarang ucapannnya (sebagiamana ditegaskan oleh Amir) perlu diharamkan?

Filem ini pernah ditayangkan dibeberapa festival filem luar negara termasuklah di Eropah dan di Singapura dan telah mendapat reaksi yang begitu baik sekaligus membanggakan negaa.

Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan pendekatan dan ideologi Chin Peng, namun itu semua sudah menjadi sejarah dan tidak mungkin berulang lagi. Sepatutnya kita berlapang dada dan melihat serta mengakaji dari semua sudut bagi memahami sejarah dengan penuh objektif tanpa dipengaruhi oleh versi British atau apa sahaja versi lain.

Pengaharaman ini bagi saya adalah suatu detik hitam bagi Malaysia.

No comments: