Jangan diamkan skandal MATRADE
Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1994 tetapi cuma semalam iaitu setelah 12 tahun barulah ia diserahkan kepada pemiliknya iaitu Kementeria Perdaganagn Antarabangsa (MITI), apa terjadi sebenarnya?
Pembinaan Menara MATRADE ataupun Malaysian External Trade Development Corporation itu yang terletak di Jalan Duta telah ditawarkan kepada Perangsang International Sdn. Bhd ataupun PISB dengan kos RM167 juta dan sepatutnya siap pada bulan Febuari 1997. PISB adalah anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang ketika itu MB nya adalah Mat Taib, Ketua Penerangan Umno Malaysia sekarang.
Pada tahun 1998 kerja-kerja telah dihentikan apabila keretrakkan dikesan di dinding dan, lantai dan tangga bangunan tersebut. Dari situ berjangkitlah satu demi satu masalah yang terus menghantui projek ini.
Pada tahun 1999 Ketua Audit Negara melaporkan bahawa menurut siasatan mereka lembaga tender JKR pada awalnya telah menolak tender PISB kerana mendapati syarikat tersebut ketika itu terikat dengan empat buah kontrak lain yang mana dua daripadanya mengalami kelewatan. Namun entah bagaimana PISB ditawarkan juga kontrak tersebut (kenapa tidak ada siapa yang mengambil tindakan nterhadap laporan Ketua Audfit Negara ketika itu?)
JKR kemudiannya telah melantik kontraktor baru untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Dalam pada itu juga JKR mendapati kebanyakkan kerja –kerja yang dilakukan terlalu lemah kualitinya serta beberapa perubahan dilakukan terhadap cadangan asal tanpa kelulusan JKR.
Hasil dari perlantikkan kontraktor baru kos pembinaan bangunan itu telah mencacak naik dari kos asal RM167 juta ke RM287.5 juta dengan RM64.8 juta sahaja untuk kerja-kerja baik-pulih.
Cuma pada bulan Mac 2005 barulah kontrak PISB berjaya ditamatkan dan PISB didakwa berhutang dengan kerajaan pusat RM95 juta kerana kegagalan mereka menyiapkan projek sebagaimana yang dijadualkan. RM95 juta itu adalah bersamaan RM41,750 sehari bagi kelewatan penyerahan 2,276 hari!
Yang menjadikan kes ini bertambah kontroversial adalah apabila kedua-dua Menteri Kerjaraya dan MITI (iaitu Samy dan Rafidah) mendesak agar lembaga pengarah PISB diseret ke mahkamah kerana kelewatan ini yang telah mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit. Untuk menambah gawatkan lagi cerita rupa-rupanya apabila melihatkan bala-bencana yang bakal datang menimpanya akibat skandal ini kerajaan negeri Selangor bersetuju (yang ketika itu telah pun diterajui MB sekarang iaitu Khir Toyo) agar keseluruhan saham PISB dijual kepada syarikat lain iaitu Tajuk Modal Sdn. Bhd.
Dalam ertikata lain kononnya terselamatlah PISB dari memikul tanggungjawab terhadap skandal ini.
Antara Pengarah PISB ketika itu adalah Dato Basri Bajuri, YB Raja Dato Ideris Raja Ahmad, Dato Abd Ghani Pateh, Dato Idris Denan dan ramai lagi orang-orang kuat kerajaan negeri dan Umno Selangor belaka!
Sekarang kata Samy (The Sun):
Take former board members of PISB to court for failure to complete project on time.
Kata Rafidah (The Sun):
Act against former PISB directors and look into probability of misappropriation during the tender process.
Semua kenyataan keras-keras belaka. Khir bagaimana?
Ada yang mengatakan bila berhadapan dengan krisis ini Khir cuba mengamalkan WHAT HE KNOWS BEST, iaitu sebagai doktor gigi, bila sakit gigi, cabut sahaja. Maka demikianlah bila PISB kelihatan bermasalah, cabut sahaja keluar kepentingan kerajaan negeri lalu masuklah Yap Foo Sang, Chong Sang dan lain-lain ke dalam PISB.
Khir sangkakan beliau dan kerajaan negeri akan terselamat. Sekarang bagaimana? Mat Taib pun tak boleh cuci tangan sebab kalau benar dakwaan Rafidah itu bermakna MISAPPROPRIATION ketika proses tender berlaku ketika beliau MB.
Ayuh kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment