Gerakan kumpulan pro IFC terus mengancam Islam
Mengapa umat Islam concerned ataupun bimbang dengan kumpulan pro IFC ini?
Jangan bodohkan mereka tanpa kita kaji terlebih dahulu impak dan implikasi tuntutan kumpulan-kumpulan pro IFC yang songsang dan melampau ini yang bakal menganggu-gugat keutuhan dan kesucian Islam itu sendiri.
Dalam sisipan akhbar THE STAR (STARTWO) semalam terdapat satu artikel berkenaan Wanita Malaysia.
Artikel tersebut menyentuh darihal perwakilan NGO wanita yang akan berangkat ke PBB pada 24 Mei ini untuk mengemukakan laporan berkenaan tuntutan dan keperluan kaum wanita di Malaysia. NGO yang diwakili dalam kumpulan ini adalah National Council of Womens Organaistaions NCWO, Womens Aid Organaisation WAO, Sisters in Islam dan Womens Centre for Change WCC.
Antara kononnya keluhan kumpulan ini adalah:
Pentafsiran sempit terhadap Undang-undang Islam yang melibatkan kedudukan wanita Muslim dalam perkahwinan, MORAL POLICING yang menggugat hak wanita dan hak bukan Islam apabila berlaku perceraian.
Benarkah berlaku pentafsiran sempit terhadap undang-undang Islam yang melibatkan kedudukan wanita sehingga perlu ianya di bawa ke peringkat antarabangsa?
Benarkah MORAL POLICING iaitu mengawal akhlak di khalayak ramai itu menggugat hak wanita sehingga perlu diasukan ke pentas antarabangsa?
Inilah yang berlaku apabila betis disuakan kini peha pula diidamkan.
Satu demi satu kumpulan ini bertujuan memomokkan Islam dan menyerangnya dari pelbagai sudut dan aspek. Kalau perlu diburuk dan dihina diperingkat antarabangsa sekalipun puak-puak pelampau ini memang sentiasa bersedia.
Kalau umat Islam sendiri tidak bangun membela dan mepertahankan keadaan ini maka pada siapa lagi mahu diharapkan.
Kalau kerana kita bangun membela Islam maka kita dicap BODOH, lebih baik kita bodoh dari kita bermuka-muka, meniru perangai sesumpah, melambai-lambai bagai lalang. Biar bodoh dari jadi hipokrit yang akhirnya dihumban ke kawang neraka.
No comments:
Post a Comment