Apabila PM burukkan imej sekolah agama di mata dunia
Sekolah agama di Malaysia samada yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan ataupun yang diuruskan secara persendirian merupakan tapak bagi membentuk dan melahirkan ilmuan, cendiakawan dan ulamak Islam sejak zaman berzaman.
Sebahagian besar cerdik-pandai Islam samada yang silam mahupun yang ada pada hari ini adalah merupakan produk yang dijana dan dihasilkan oleh institusi-institusi ini. Mufti-mufti, para pensyarah dan professor IPTA dan maktab-maktab rata-rata mendapatkan asas mereka di sini.
Saya berani mengatakan tidak ada sebuah pun sekolah agama di negara kita samada yang kini mahupun yang lampau menjadi kilang melahirkan pelampau atau pengganas. Yang ada dilahirkan adalah para pejuang kemerdekaan umpamanya Ehya As Syarif di Gunung Semanggul, dan beberapa lagi sekolah agama tradisional di Utara, Perak dan Pantai Timur. Dan kemudiannya selepas meredeka mereka melahirkan pula ulamak-ulamak besar yang memberikan sumbangan berharga kepada agama, bagsa dan negara.
Lalu saya hairan mengapa PM Dollah Badawi (yang Arwah Ayahnya juga seorang penggiat institusi seumpama ini) di dalam ucaptamanya di Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-20 semalam perlu mencadangkan agar dunia Islam meningkatkan usaha untuk menukar sekolah agama mereka daripada institusi yang melahirkan pelampau kepada pusat membentuk modal insan bagi menyumbang kepada satu ekonomi yang moden.
Tidakkah ini memberikan imej buruk kepada sekolah-sekolah agama seolah-olah ianya merupakan pusat melahirkan para pengganas dan terrorist seperti Osama Ben Laden dan anggota al Qaeda belaka.
Beliau menambah:
Mereka mestilah merombak kurikulum dan ajaran di sekolah-sekolah agama kepada institusi yang melahirkan insan bertolak ansur.
Yang ketara sekarang bersungguh mahu menutup dan merombak instutsi sekolah agama adalah Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. AS beranggapan bahawa institusi-institusi inilah yang telah melahirkan pengganas yang mengancam kedudukan mereka di pentas dunia.
AS memang memiliki prejudis dan sentiasa bersangka buruk terhadap Islam. Ini kerama mereka merupakan pelindung dan pembela kepada regim Zionis Israel yang sememangnya memusuhi Islam.
Adakah kita juga perlu bersikap macam mereka?
Kita memang mengutuk tindakan keganasan yang dipelopori oleh al Qaeda khasnya terhadap masyarakat yang tidak berdosa. Namun jenayah al Qaeda tidak boleh dijadikan hujah borong untuk menyalah dan menuding jari kepada Islam. Kalau begitu keganasan pelampau Hindu umpamanya merobohkan Masjid Babri di India bolehlah dikaitkan dengan agama Hindu itu sendiri, adilkah demikian? Keganasan antara Roman Katolik dan Protestan di Ireland sehingga mengorbankan ratusan nyawa tidak pernah dikaitkan dengan agama Kristian sehingga menuntut agar sekolah-sekolah Kristian di tutup atau dirombak semula kurikulumnya.
Bush dan Blair juga mengganas di Afghanistan dan Iraq atas alasan mahu menjejaki pengganas. Ribuan nyawa yang tidak berdosa telah terkorban, mengapa tidak kita bertindak terhadap institusi yang melahirkan puaka seperti Busah dan Blair ini?
Berbalik kepada ucapan Dollah saya kira ianya akan hanya mengundang persepsi bahawa memang sekolah-sekolah agama kita ini tidak ada kerja lain selain merupakan sarang pegganas yang melahirkan graduan-graduan pengganas belaka!
Ianya suatu kenyataan yang tidak berasas dan sungguh tidak bertanggungjawab serta memberikan imej buruk kepada pusat pengajian yang selama ini melahirkan ribuan ulamak yang banyak menabur jasa dan membimbing kita semua. Sekali lagi Dollah mengaibkan Islam dimata dunia.
No comments:
Post a Comment