Timor Leste: Jangan samapai anak kita di rumah mati kelaparan
Kini rakyat berdepan dengan himpitan kos hidup yang semakin melemaskan. Harga minyak naik dan terbaru tariff elektrik turut naik yang dijangka mengundang pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.
Rakyat diseru agar berjimat-cermat. Dalam waktu yang sama kerajaan juga sepatutnya berjimat dan tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang melibatkan kos tambahan.
Terbaru kita dengar berlaku kekacauan laksana Perang Saudara di Negara baru Timor Leste. Kerajaan Negara tersebut memohon pertolongan dari Negara-negara jiran agar dapat mengirim bantuan ketenteraan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan.
Dikhabarkan Australia telah pun mengirim lebih 1,000 anggota tenteranya dan akan dituruti dengan New Zealand dan Portugal.
Isunya di sini dengan suasana setempat yang gawat (dari sudut ekonomi) perlukah Malaysia bergegas mengirimkan bantuan ke sana?
Menurut laporan BERNAMA TPM yang juga Menteri Pertahanan Najib Tun Razak menyatakan bahawa:
UN was in the process of determining whether foreign troops sent to Timor Leste would come under a UN mission or a UN-sanctioned mission. The former, he said, meant that all expenses would be borne by the world body while the latter would signal that the troop contributing countries must pay themselves.
Dimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) belum lagi memutuskan samada bantuan ketenteraan dari Negara asing akan tertakluk di bawah misi PBB atau sekadar direstui PBB. Kalau misi PBB maka segala kos akan ditanggung PBB namun jika sekadar direstui bermakna kos ditanggung oleh Negara pengirim.
Menurut Najib lagi seramai 25 anggota telah pun dikirim ke Dili (ibunegara Tinor Leste) menaiki pesawat C130 TUDM untuk menyiasat dan menilai suasana di sana sebelum kontijen yang lebih besar dikirim. Setakat ini seramai 275 orang anggota tentera dan 200 polis telah pun diarahkan akan bersiap-sedia untuk dikirim ke sana.
Saya hairan mengapa Malaysia begitu ghairah mahu pergi? Mengapa Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand tidak? Malah saya difahamkan New Zealand pun telah mengirim anggota yang kecil, mengapa Malaysia mahu menghantar sehingga 500 orang?
Dan apa akan terjadi kiranya PBB sekadar merestui misi ini dan tidak akan menanggung kosnya?
Bagi saya walaupun PBB merestui misi ini sekalipun saya kira Malaysia sepatutnya mohon pengecualian kerana suasana ekonomi Negara tidak berapa memberangsangkan buat masa ini. Malahan kita perlu ingat bahawa rakyat Timor Leste pernah dijajah sekian lama oleh Indonesia di bawah rejim Suharto. Adakah kehadiran tentera Malaysia yang mirip wajah, tubuh dan perwatakkannya bagai tentera Indonesia itu nanti akan diterima baik oleh penduduk tempatan?
Malaysia patut memberi sahaja laluan kepada Singapura dan Brunei yang lebih mantap kedudukan ekonominya untuk berkhidmat di sana. Benarlah jiran kita memohon pertolongan namun takkanlah kerana nak menyusukan mereka maka anak-anak kita mati kelaparan!
Susah buat cara susah, jangan rakyat sahaja disuruh susah tetapi kerajaan boleh lakukan apa sahaja atas alas an nak menonjolkan imej dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment