Thursday, May 25, 2006

Letrik naik: BN mengundang hukuman rakyat

Pagi ini rakyat seluruh negara masih heboh memperkatakan darihal pengumuman kenaikkan tariff elektrik sebanyak 12 peratus bermula 1 Jun ini yang diputuskan oleh Kabinet semalam.

Saya tidak pasti berapa ramai yang menyokong kenaikkan ini tetapi yang saya yakin ramai yang sedang mengeluh dan melahirkan kebimbangan. Kenaikkan ini pasti kelak TRIGGER ataupun mengakibatkan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan pula, setelah ianya berlaku ketika naik harga minyak baru-baru ini kini bakal berlaku pula gelombang kenaikkan kedua.



Dalam kekalutan dan kebimbangan itu tiba-tiba kita membaca dalam akhbar hari ini PM Dollah Badawi dari Jepun berkata:

Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan Kabinet hari ini (semalam) cukup wajar setelah mengambil kira kepentingan rakyat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Kata Dollah lagi:

Ia merupakan tindakan terbaik untuk negara dalam usaha mengatasi masalah besar yang sedang dihadapi oleh TNB. Saya harap rakyat terima, ini tak boleh elak lagi walaupun itu jadi tindakan tidak popular kepada rakyat.

Dulu ketika naik harga minyak sebanyak 30 sen seliter demikianlah juga bunyinya kenyataan Dollah, ianya wajar dan perlu diterima rakyat.

Memang disaat ini rakyat samada suka ataupun tidak terpaksa juga telan bulat-bulat, kerana mereka tiada pilihan. Segala kepahitan dan kepedihan perlu dipendamkan sahaja.

Bagi saya kemarahan rakyat akan terus membara. Dulu ketika harga minyak naik, rakyat marah dan tidak dapat menerimanya kerana mereka tahu Malaysia adalah sebuah Negara pengeluar minyak yang NET EXPORTER, sepatutnya naik harga minyak dunia maka makmurlah juga Negara dan bukannya rakyat dibebankan.

Kemarahan ini terus membara dan dilepaskan sedikit baru-baru ini semasa Pilihnaraya Negeri Sarawak oleh rakan-rakan kita dari Sarawak.

Kini naik pula tariff elektrik, rakyat akan marah juga kerana mereka tahu punca kenaikkan ini kerana TNB rugi, hutang dalam bentuk bil tertunggak menelan berbillion ringgit. TNB yang disalah urus bawah penyeliaan BN tetapi bila rugi rakyat pula yang dipaksa menanggung bebannya.

Maka kemarahan berpunca dari kenaikkan harga minyak tadi belum reda kini ditokok pula dengan kemarahan yang baru.

Dan tiba-tiba Dollah tanpa berfikir panjang boleh menyatakan bahawa kenaikkan tariff letrik ini WAJAR!

Rakyat terbeban dan PM boleh kata ianya wajar, saya cukup tidak faham.

Saya bersama-sama ramai yang lain memang tidak sabar-sabar menunggu saatnya bilamana tiba pula giliran rakyat untuk bersuara, ketika itu bahang yang membakar akan diluahkan dan jika rakyat di Sarawak boleh mengejutkan BN di sana, rakyat di sini pasti akan lebih parah lagi menghukum.

No comments: