Sunday, May 28, 2006

PROTES KLCC:
Perlukah rakyat diganasi dan diperlakukan bagai binatang!

Apa yang sepatutnya merupakan protes aman rakyat jelata di perkarangan KLCC (sebagaimana siri-siri protes aman sebelum ini) pagi tadi bertukar menjadi ganas apabila pihak polis telah menggunakan kekerasan bagi menyuraikan mereka yang berhimpun itu.

Seramai 18 orang termasuk 2 wanita telah ditangkap termasuklah YB Salahuddin Ayob (Ketua Pemuda PAS), Ronnie Liu (DAP), Zahir Hassan (Timbalan Setiausaha Agung PKR).

Mereka yang berhimpun telah hadir bagi menyatakan protes terhadap kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini. Perhimpunan diadakan pada hari cuti hujung minggu dan yang hadir adalah kaum keluarga keluar bagi berhimpun dan menyatakan bantahan mereka secara aman.

Seperti biasa aturcara protes tersebut sepatutnya dimulakan dengan perhimpunan dan kemudiannya ucapan dari wakil-wakil parti-parti politik dan NGO. Biasanya selepas tamat mendengar ucapan, mereka akan bersurai secara aman. Tidak pernah protes ini berakhir dengan rusuhan ataupun kerosakkan harta awam.


Hujung senjata dihentakkan ke kepala rakyat!

Lalu apabila pihak polis mengenakan tindakan kasar, memukul, menerajang dan membelasah mereka ini di hadapan anak-isteri, di hadapan khalayak ramai, saya kira ianya satu tindakan kekerasan yang sungguh di luar perikemanusiaan.

Menurut laporan ada yang telah megalami kecedaraan dan termasuk dikejarkan ke hospital.

Disepak begini di hadapan anak-isteri!

Beginikah sikap kita terhadap rakyat sendiri?

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kamal Pasha, dilaporkan oleh lama web Malaysiakini sebagai menyatakan bahawa:

They (the protestors) resisted arrest. They started kicking first. (Retaliation) for us is self-defence. Minimum force was used

Benarkah rakyat awam ini bertindak demikian iaitu menendang pihak polis sebagaimana yang didakwa?

Saya sungguh kesal melihat gambar-gambar dari AP, Malaysiakini, Harakahdaily dan beberapa laman web lain mengenai kejadian keganasan pihak polis ini. Bagi saya memperlakukan rakyat jelata bagai BINATANG ini sungguh zalim dan persitiwa ini pasti mengelapkan terus imej dan rekod Polis Di Raja Malaysia, yang memang sedia rapuh itu.

Polis berjaya zahirkan imej GANAS

Saya melihat sikap kasar pihak polis yang sudah pasti diarahkan bertindak demikian oleh POLITICAL MASTERS mereka akan hanya mengundang kebencian rakyat. Rakyat di Sarawak yang tidak pernah merasa BOOT dan KAYU COTA polis menyentuh tubuh mereka pun telah bangun bertindak terhadap kerajaan BN melalui peti undi. Bayangkan reaksi rakyat yang merasai dan melihat kejadian ini.

Kalau perhimpunan aman seumpama ini diperlakukan dengan keganasan dan kezaliman maka wajiblah bagi kita untuk menyibarkan peristiwa ini kepengetahuan seluruh rakyat jelata, agar mereka sekurang-kurangnya tahu akan apa yang berlaku dan bila tiba masanya nanti bertindaklah dengan berani sebagaimana rakyat Sarawak dan kalau boleh lebih berani lagi.


Pemuda ini terpaksa dikejarkan
ke hospital setelah dibelasah di kepala

Sekalung tahniah dan syabas kepada wira-wira rakyat yang telah berani keluar pada hari ini, menyatakan bantahan dan isi hati rakyat. Insyallah pengorbanan anda semua akan membawa mesej yang besar dan akhirnya menumbangkan si zalim yang biadap ini.

(Gambar-gambar Malaysiakini & Jeff Ooi)

No comments: