Hari ini genaplah 2 tahun usia BLOG ini.
Di sinilah tempat saya mencurahkan pandangan, idea dan ulasan menurut selera, citarasa dan pemahaman saya terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya.
Mungkin ada yang terhibur membacanya, ada yang tidak. Mungkin ada yang bersetuju dengan apa yang saya lontarkan dan ada juga yang tidak. Apa pun terima kasih kerana sudi mengunjunginya, terima kasih kepada mereka yang sudi memberi maklum balas.
Insyallah saya akan terus menyumbang setakat mana yang termampu dan terdaya. Mudah-mudahan terus diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk mengagahkan diri meneruskan minat saya yang sangat saya hargai ini. Sesungguhnya sokongan anda semua sangat penting bagi saya untuk meneruskan kerja-kerja ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut sudi menyiarkan artikel saya ini di laman web masing-masing (khasnya Tranungkite, Laman Marhaen, Harakahdaily) tidak lupa kepada kawan-kawan yang memautkan pula BLOG saya di ruangan pautan di BLOG ataupun laman web masing-masing.
Terima kasih dan semoga dikurniakan oleh Nya ganjaran terhadap segala usaha kita, insyallah.
Berani kerana benar untuk Nya dan kerana Nya.
No comments:
Post a Comment