10 ribu kes maksiat setahun di IPT
Dalam pada kita heboh berbahas berkenaan MORAL POLICING serta perlakuan sumbang dan lucah di khlayak ramai, dengan takdir Allah swt terkeluar pula satu angka baru yang sungguh memeranjatkan dan seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua.
Menurut BERITA HARIAN:
KHALWAT dan berdua-duaan adalah kes yang paling tinggi dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Universiti dan kolej Universiti (Auku) 1971.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata sejak 1971 hingga awal tahun ini sebanyak 381,735 kes membabitkan khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib.
Bermakna sepanjang tempoh 35 tahun iaitu dari 1971 sehingga 2006 terdapat 381,735 kes maksiat ini yang dikenakan tindakan tatatertib. Itu tidak termasuk kes-kes yang terlepas pandang. Bermakna juga secara average terdapat 10 906 kes seumpama ini setiap tahun di IPTA kita!
Ini sudah pasti melibatkan pelajar-pelajar cemerlang kerana pelajar-pelajar yang lemah tidak dapat melangkahkan kaki ke IPT. Dalam erti kata lain perlakuan maksiat ini diperlakukan oleh anak-anak yang cerdik yang berpendidikan, bayangkan bagaimana pula angkanya bagi mereka yang di luar, yang tiada peraturan dan kawalan!
Kesimpulannya isu maksiat dan kemungkaran ini sudah sampai ke tahap di luar kawalan. Maka wajarlah kita khasnya mereka yang berkuasa mengambil langkah mengawal dan menyekat perkara ini dari terus berleluasa.
Kerana itulah MORAL POLICING, pendidikan akhlak dan agama perlu diberi perhatian dan penekanan yang serius. Jika tidak maka kita akan mengundang keruntuhan bangsa dan agama kita sehingga hilanglah nilai maruah dan harga diri buat selama-lamanya.
Jangan dilayan dan diraikan mereka yang menuntut hak dan kebebasan dalam perkara-perkara yang melibatkan akhlak, kononnya mahu bebas seperti Barat, kerana ianya akan hanya meruncingkan lagi keadaan.
Apa guna kita melaung sehingga serak-serak anak tekak BELIA BOLEH, BELIA BOLEH tetapi hakikatnya akhlak belia kita sedang teruk terkikis menunggu masa untuk runtuh dan ranap.
No comments:
Post a Comment