Tuesday, May 23, 2006

Kerjasama MiTV dan Israel tapi Dollah nak bantu Palestin

Saya mengambil maklumat ini dari BLOG Jeff Ooi di http://jeffooi.blogspot.com/

Menurut beliau terdapat kerjasama teknologi antara MiTV (saluran TV berbayar kedua Negara laksana ASTRO) yang dimilki gergasi judi Tan Sri Vincent Tan dengan sebuah syarikat Israel, Runcom Technologies Limited. Runcom adalah pakar penyiaran video digital (digital video broadcast).

Runcom beribupejabat di Rishon Lezion, berhampiran Tel Aviv, Israel. Syarikat tersebut diasaskan pada tahun 1997 oleh Dr Zion Hadad seorang jurutera yang memiliki pengalaman luas dibidang pembangunan sistem komunikasi komersial dan ketenteraan!



Syabas MiTV, syabas Malaysia, Malaysia Boleh!

Disatu ketika kita ghairah mahu menjuarai bantuan untuk rakyat Palestin yang ditindas dan ditekan oleh regim Zionis Israel (yang telah menyekat bantuan kewangan kepada kerajaan Palestin) tetapi diketika yang lain kita TUTUP SEBELAH MATA (macam biasa dengar je istilah ni) apabila ada syarikat kita yang mengadakan usahasama dengan syarikat Israel musuh utama rakyat Palestin yang mahu kita bantu itu.

No comments: