Kumpulan Artikel 11 mahu teruskan roadshow
Jangan bermain dengan api. Jangan membuat onar dan merendah serta menghina Islam walau atas nama apa sekalipun.
Hakikat ini telah dapat dilihat apabila umat Islam di Georgetown telah bangun membantah penganjuran sebuah majlis forum yang dianjurkan oleh sebuah badan tidak berdaftar yang menamakan diri mereka Kumpulan 11 (yang pro IFC) pada 14 Mei lalu. Tujuan forum dan penganjurnya adalah bagi membincangkan isu-isu berkenaan Islam yang kononnya menganggu-gugat hak asasi individu dan hak kebebasan beragama termasuklah kononnya konflik antara Mahkamah Sivil dan Syariah.
Adalah difahamkan umat Islam disekitar Pulau Pinang yang mendapat tahu akan penganjuran majlis tersebut telah keluar berama-ramai tanpa mengira pendirian dan faham politik. Menurut laporan ahli-ahli PAS, Umno, Keadilan serta orang kebanyakkan telah keluar kerana tidak sanggup melihat agama yang mereka kasihi itu menjadi bahan perbincangan tanpa kehadiran mereka yang ber authority dalam agama.
Terbaru kita dengar pihak-pihak berkenaan berkeras kepala mahu terus menganjurkan juga roadshow mereka, dan ulang balik penganjuran di Pulau Pinang.
Menurut akhbar THE SUN hari ini jurucakap kumpulan tersebut peguam Harris Ibrahim menyatakan:
After what happened on May 14 to prevent any untoward incident during the next forum we will seek police assistance to protect the right of those who wish to participate.
Apa masalahnya dengan Harris ini? Pertama Harris dan rakan-rakannya termasuklah Shad Faruqi, Malik Imtiaz, Zaid Ibrahim dan lain-lain perlu tahu bahawa mereka menganjurkan majlis yang membicarakan isu-isu agama dalam keadaan pakar agama dari kalangan ulamak tidak hadir. Apakah mereka menganggap ilmu mereka sudah cukup melayakkan mereka untuk membincangkan isu-isu Islam.
Disitu sahaja kita boleh melihat betapa cacat dan ONE SIDED nya majlis forum ini.
Bagi masyarakat bukan Islam pula, memang mereka berhak untuk mendapat maklumat tentang perkara ini, namun bukannya melalui Harris, Shad, Malik, Zaid. SIS dan lain-lain yang tidak ada AUTHORITY dalam bidang ini. Mereka mungkin peguam sivil ataupun pakar undang-undang tetapi kalau benar kita mahu membincangkan isu Islam dan konflik antara mahkamah syariah dan sivil lebih baik kita dapatkan pandangan dari kalangan mereka yang ahlinya.
Sepatutnya Aliran dan lain-lain NGO mengundang ilmuan Islam dari Fakulti Pengajian Islam UM, UKM, UIA dan Mufti-mufti serta Persatuan Peguam Muslim, Persatuan Ulamak dan seumpamanya. Barulah kita dapat berbincang secara FACTUAL dan terarah.
Tetapi meneruskan perbincangan dengan kehadiran individu dan kumpulan ini yang tidak langsung mewakili umat Islam, itulah punca kemarahan orang-ramai sebenarnya.
Kalau benar Aliran dan kumpulan NGO lain mahu menganjurkan majlis yang lebih teratur dan seimbang saya yakin banyak pihak yang sedia memberikan kerjasama. Bukannya masyarakat Islam tidak sedia berbincang isu-isu Islam, tetapi masalahnya masyarakat bukan Islam dalam hal ini telah mendapatkan khidmat dan bantuan dari mereka yang tidak disenangi oleh masyarkat Islam sendiri.
Jadi kalau ada rakan-rakan bukan Islam yang membaca tulisan saya ini, it is not that we are trying to avoid an open discussion. The problem is organizers are roping in those who has no authority on the religion (including some who are never passionate of the religion) and therefore they court the anger of many fair minded Muslims.
Pihak Polis diharapkan janganlah membenarkan majlis sensitif ini dianjurkan.
No comments:
Post a Comment