Tuesday, May 30, 2006

Sdr Anuar berjaya muncul sebagai pembela Media Alternatif

Saya sempat menonton siaran lansgung rancangan HUJAH di Saluran 9 sebentar tadi.

Rancangan tersebut dipengerusikan oleh Presiden ProWaris Feriz Omar dengan tajuk: Hak Kebebasan Bersuara dan Media Alternatif.



Dua orang ahli panel yang dijemput adalah Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Azman Ujang dan Pengarang laman Umno Reform (http://www.umno-reform.com/) Sdr. Anuar Mohd Nor.

Saya kagum mendengar hujah Datuk Azman yang merasakan perlu media saluran perdana itu wujud SIDE BY SIDE dengan media alternatif bagi memberikan pilihan kepada rakyat disamping membuktikan wujudnya kebebasan bersuara.

Bagi beliau masing-masing media memiliki peranan masing-masing dan perlu dikekalkan.

Dan saya lebih kagum lagi melihat Sdr Anuar beraksi mempertahankan peranan media alternatif dan berhujah betapa ianya perlu dihormati oleh semua pihak.

Jangan ada usaha mengekang dan menghalang suara rakyat ini kata Anuar, malah dari sinilah sepatutnya kerajaan menceduk luahan hati dan sikap sebenar rakyat terhadap satu-satu isu yang melibatkan kepentingan Negara dan rakyat.

Saya faham akan keterbatasan Datuk Azman malah berkali-kali beliau mengulangi bahawa media saluran perdana pun sebenarnya bebas tetapi lebih bertanggungjawab dan beliau menolak sama-sekali dakwaan pengerusi bahawa BERNAMA adalah RUBBER STAMP kerajaan.

Bagi saya media alternatif juga bertanggungjawab. Umno Reform, Malaysiakini, Malaysia Today, Jeff Ooi malah Harakahdaily, iaitu antara laman web yang paling popular dan paling banyak menerima kunjungan, adalah antara contoh media alternative yang bertanggungjawab. Cuma bezanya media saluran perdana bertanggungjawab kepada POLITICAL MASTERS yang berkuasa yang menentukan nasib mereka, manakala media alternatif bertanggungjawab kepada rakyat dan terpaksa bersedia bila-bila masa sahaja untuk diseret oleh pihak berkuasa.

Syabas Sdr Anuar.

No comments: