Monday, May 22, 2006

Dollah salah tafsir Perlembagaan Palestin

Dalam suatu sidang akhbar di Sharm el Sheikh, Mesir semalam PM Dollah Badawi menyatakan bahawa Malaysia akan menyerahkan USD16 juta ataupun RM57.6 juta bagi membantu kewangan dan pengurusan 16 buah majlis tempatan di Palestin. Ini menurut beliau akan diikuti dengan bantuan-bantuan lain.

Walaubagaimanapun menurut Dollah lagi (dalam akhbar THE STAR):

The funds, he said, would be channelled through Abbas as constitutionally he was still head of state despite his party losing in the last Palestinian election.

Bermakna Dollah akan menyerahkan RM57.6 juta itu kepada Presdien Palestin Mahmoud Abbas kerana menurut tafsiran beliau dari segi perlembagaan Abbas adalah Ketua Negara walaupun partinya Fatah tewas dalam Pilihanraya Palestin baru-baru ini.


Antara Abbas dan Ismail

Siapa pun tahu yang Abbas adalah Presiden Palestin setelah memenangi pilihanraya Presiden menggantikan Araffat. Dan sebagai Presiden beliau adalah Ketua Negara. Akan tetapi benarkah menurut perlembagaan Palestin saluran bantuan kewangan seumpama ini boleh disalurkan kepada Abbas?

Menurut Perkara 113 Perlembagaan Palestin, Presiden adalah Ketua Negara, walaubagaimanapun di penghujungnya disebut:

Except those powers that are constitutionally attributed to the President of the State, the governments executive and administrative duties shall be the responsibility of the CABINET.

Bermakna kuasa eksekutif dan pentadbiran kerajaan Palestin sebenarnya dipegang oleh KABINET yang diketuai Perdana Menteri dan bukannya Presiden.

Manakala menurut Perkara 140 Perlembagaan Palestin kuasa Perdana Menteri antara lain adalah:

He represents government and speaks in its name

Perdana Menterilah sebagaimana PM Malaysia yang menguruskan kerajaan dan menjaga serta mengawal kewanagannya. Oleh itu bagaimana Dollah mahu menyerahkan wang rakyat Malaysia yang begitu besar jumlahnya kepada Abbas yang tidak diberi kuasa menguruskan kewangan seumpama itu?

Takkanlah Dollah tidak peka akan konflik politik yang sedang membara antara Fatah dan Hamas. Takkanlah Dollah tidak dimaklumkan tentang operasi kerajaan yang sebenarnya di Palestin.

Rakyat Palestin dalam pilihanraya lalu menolak Fatah kerana kerajaan Fatah rasuah dan menyalah-gunakan kuasa. Dollah sendiri mengajak dunia mengiktiraf kerajaan Hamas pimpinan Ismail Haneyeh yang diberikan mandat oleh rakyat Palestin, akan tetapi dalam hal menyalurkan kewangan Dollah sendiri lebih selesa untuk berurusan dengan Presiden Abbas!

Kita menyokong usaha murni Dollah itu tetapi tolonglah serahkan wang rakyat Malaysia itu terus kesasarannya. Jangan kerana tekanan Barat atau takutkan Barat maka kita serahkan bantuan kepada Abbas sedangkan yang menguruskan kerajaan adalah Ismail Haneyeh dan kabinetnya.

Rakyat Malaysia tidak akan memaafkan Dollah kiranya wang itu nanti tidak turun ke rakyat Palestin tetapi disalah-gunakan oleh pihak-pihak lain.

No comments: