Umat Islam atau Nazri sendiri yang BODOH!
Jika anda bantah dan adakan demonstrasi ketika orang berbincang, ia tindakan BODOH Saya tidak takut menggunakan ayat itu.
Demikianlah petikan UTUSAN terhadap kenyataan Menteri di JPM Nazri Aziz apabila diminta reaksi beliau terhadap kejadian di Pulalu Pinang baru-baru ini apabila kumpulan BADAI (Badan Anti IFC) berjaya membatalkan sebuah forum anjuran kumpulan-kumpulan pro IFC di sebuah hotel di sana.
Di dalam akhbar THE SUN Nazri dipetik sebagai berkata:
We strongly condemn those who come out in numbers to protest against the forum. It was a legitimate forum for people to discuss their rights in this country.
Malah Nazri seterusnya berkata bahawa KERAJAAN TIDAK ADA APA-APA HALANGAN TERHADAP PENGANJURAN FORUM TERSEBUT.
Apakah matlamat forum ini dan kumpulan yang menganjurkannya?
Dalam satu ayat pada pandangan saya ianya bermatlamat mempertikai dan mencabar Islam.
Pertama kumpulan ini mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam atas dasar ianya sebenarnya sebuah Negara SEKULAR dan oleh itu setiap undang-undang dan peraturan tidak sepatutnya terikat atau memihak pada mana-mana agama ataupun kepercayaan termasuklah Islam.
Kedua kumpulan ini berterusan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap penyelesaian kes Allahyarham Sarjan Moorthy tempuh hari, dimana peruntukkan Perkara 121 (1)(A) pada pandangan mereka meletakkan Mahkmaha Syariah mengatasi Mahkamah Sivil sedangkan Negara ini sebuah Negara SEKULAR.
Ketiga kumpulan ini berterusan mencabar pertauran dan undang-undang Islam dengan menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang memeluk Islam sepatutnya turut diberikan hak memilih untuk menukar agamanya. Mengapa yang bukan Islam dibenarkan memeluk Islam sedangkan yang Islam tidak pula dibenarkan untuk MURTAD!
Keempat mereka juga berterusan menyerang undang-undanmg kekeluargaan Islam, mempersoalkan integriti Mahkamah Syariah dalam kes permohonan cerai dan hak penjagaan anak-anak.
Dan saya boleh menyenaraikan banyak lagi matlamat kumpulan pelampau ini yang dah pun diketahui umum. Oleh itu padan dan layaklah umat Islam bangun menentang kumpulan ini.
Lalu jika mereka yang bangun demi mempertahankan maruah dan nama baik Islam itu digelar BODOH oleh Nazri, saya kira umat Islam juga tidak takut menyatakan bahawa sesungguhnya yang LEBIH BODOH adalah Nazri sendiri.
Nazri sendiri lebih BODOH kerana tidak sedar bahawa sebagai seorang Islam, sebagai pemimpin Umno yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara (sila rujuk Fasal 3 Perlembagaan Umno) sepatutnya beliau wajib bangun sekali mempertahankan Islam apabila ianya dicabar oleh mana-mana pihak!
Soal kedaulatan Islam bukanlah soal yang boleh dibincang-bincang atau dirundingkan.
Saya yakin semua umat Islam termasuklah kawan-kawan dari Umno sendiri bersetuju akan hakikat ini.
Kalau atas dasar kedaulatan Negara kita boleh membatalkan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor inikan pula soal yang melibatkan kedaulatan Islam yang merupakan aqidah dan kepercayaan umat Islam.
Apabila ada pemimpin seumpama Nazri yang BODOH yang melayan dan memberi ruang kepada puak-puak pelampau ini maka pasti mereka akan bertambah bersemangat dan naik tocang, akhirnya lebih berani dan vokal lagi.
Benarkah kerajaan sebagaimana dakwaan Nazri yang BODOH itu tidak menganggap kumpulan pelampau pro IFC ini sebagai ancaman, sedangkan semasa Kes Allahyarham Moorthy dahulu PM Dollah Badawi telah memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan staus quo yang ada.
Apa sikap kerajaan, apa sikap Umno sebenarnya dalam isu ini?
Jangan bermain api, takut nanti rentung tangan kita. Kalau Nazri yang BODOH itu mahu tangannya rentung maka biarkan dia rentung seorang, yang lain jangan!
Kita sudah berada digarisan kritikal disaat ini, dan kerajaan perlu menyatakan sikap. Kalau sikap kerajaan pun sama dengan si Nazri yang BODOH ini maka tibalah masanya untuk rakyat jelata khasnya yang beragama Islam bertindak menukar mereka dengan kepimpinan yang baru yang lebih sensitif dan tidak bertolak-ansir dalam isu-isu yang membabitkan agama yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment