Sunday, May 14, 2006

Mahukah orang belajar jalan lurus bergurukan seekor ketam

Perdana Menteri Dollah Badawi perlu mencetuskan sesuatu di persidangan D8 (Negara-negara Membangun 8) di Bali, Indonesia Maklumlah Malaysia adalah Pengerusi OIC dan Negara-negara Berkecuali ataupun NAM.

Dalam keadaan Indonesia menonjol mahu membela Iran dipentas dunia, Malaysia kelihatan seolah-olah digerhanai walaupun memegang kedudukan yang kanan diperingkat antarabamgsa.



Maka Dollah pun bersuaralah. Bahawa Malaysia mahu menjuarai perang anti rasuah dikalangan Negara-negara OIC. Kata Dollah lagi ke arah itu Malaysia akan menganjurkan suatu forum anti rasuah dan mempertingkatkan inisiatif integriti dikalangan Negara-negara OIC pada bulan Ogos nanti.

Memang rasuah adalah suatu penyakit sosial yang serius yang sekiranya tidak dibendung mampu meruntuhkan keutuhan masyarakat dalam sesebuah Negara. Gesaan Dollah itu memang baik.

Tetapi soalnya bagaimanakah penerimaan dunia ataupun negera-negara OIC sendiri terhadap seruan itu?

Bagaimanakah rekod rasuah di Malaysia sendiri?

Kiranya mahu menjadi juara anti rasuah sekurang-kurangnya gelanggang ataupun rumah tangga kita sendiri perlu bebas rasuah, barulah pihak-pihak mahu mendengar ataupun mengambil contoh dari kita. Kalaulah kita pun tidak sunyi dari cacat dan cela bagaimana kita mahu membetulkan orang lain?

Siapa yang mahu belajar jalan lurus dari seekor ketam?

Menurut Transparency International sebuah badan bebas NGO yang berpusat di Berlin yang memantau dan mengukur tahap rasuah dalam Negara-negara di dunia, bagi tahun 2005 Malaysia terletak di tangga ke 39 dari 158 negara dalam kajian mereka.

Tahap indeks rasuah di Malaysia ataupun Corruption Perception Index (CPI) 5.1 berbanding Iceland iaitu Negara di tangga teratas yang memeiliki CPI 9.7. Singapura di tangga ke 5 dengan CPI 9.4.

Soalnya bagaimanakah kedudukan Negara-negara Islam lain?

Yang terbaik adalah Oman dengan 6.3, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 6.2, Qatar 5.9, Bahrain 5.8 dan Jordan 5.7.

Usaha Dollah bagus tetapi tanpa mahu memperkecilkan beliau, layakkah Malaysia menjadi juara dibidang ini dikalangan Negara-negara OIC contohnya? Atau bukankah lebih baik kita tangani sahaja dulu masalah yang ada dalam Negara. CPI 5.1 itu kira BORDER LINE, bukannya sesuatu yang boleh dibanggakan.

Jangan kerja pembenterasan rasuah dalam Negara kita biarkan lalu kita sibuk mahu membetulkan dunia.

Menurut pentafsiran TI rasuah yang paling besar adalah:

Abuse of public office for private gain
Menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi

Dollah perlu pastikan contohnya beliau sendiri bebas dari pentafsiran di atas, barulah dunia mahu taat dan ikut. Selagi masyarakat tempatan masih memperkatakan darihal adik-beradik dan kaum keluarga beliau secara senyap-senyap ataupun terang-terangan, selagi itulah Dollah akan dilihat bagai seekor ketam jua.

No comments: