Thursday, May 11, 2006

Malaysia kaku berperanan di pentas dunia

Selaku rakyat Malaysia rata-rata kita semua warga yang patriotik.. Kerana itu apabila Negara mengepalai OIC dan NAM, kita semua turut berbangga kerana Negara diberi tempat di pentas antarabangsa.

Namun tak cukup dengan berbangga kita sebenarnya mahu melihat Negara berperanan dengan kedudukannya yang ada. Tidak ada gunanya diberi tempat tetapi tidak mampu atau lebih malang lagi takut pula untuk memain peranan. Terbaru Malaysia kini menduduki kerusi Majlis Hak Asasi PBB.

Dalam akhbar hari ini kita akan membaca lawatan rasmi Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke Jakarta. Kunjungan beliau disambut dengan mesra oleh Presiden Republik Indonesia Bapak Yudhoyono.



Kita semua maklum betapa Iran kini sedang diasak dan ditekan oleh dunia antarabangsa khasnya Amerika dan sekutunya kerana kononnya terlibat dalam program nuklear sehingga mengancam keselamatan dunia. Iran dilontarkan ke kandang orang salah sedangkan ia menyatakan bahawa program nuklearnya adalah semata-mata suatu program menjana kuasa dan bukan untuk tujuan persenjataan sebagaimana di India, China, Pakistan, Korea Utara dan Amerika Syarikat sendiri.

Sebagai ahli OIC dan NAM Iran sepatutnya mendapat pembelaan Malaysia dari di buli dan diperlakukan sesuka hati oleh Barat.

Malangnya Malaysia lebih cenderung mengambil sikap berhati-hati ataupun menjaga periuk nasi. Di dalam Negara para pemimpin kita menunjukkan taji dan keberanian memagang berbagai jawatan diperingkat antarabangsa, akan tetapi hakikatnya dipersada antarabangsa Malaysia laksana:

Dumb as a mute

(meminjam kata-kata yang dilemparkan oleh Allahyarham Dato On Jaafar terhadap YTM Tunku semasa perbahasan di Parlimen dahulu)

Kita lihat Indonesia walaupun tidak memegang berbagai jawatan seperti kita namun Presidennya segera menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi memulihkan ketegangan antara Barat dan Iran. Kata Presidennya:

We can cooperate well in reducing the tension and move toward continuing talks and negotiations,

Malaysia bukannya Indonesia yang sepatutnya memainkan peranan ini!

Tetapi begitulah realitinya. Apa ada pada pangkat dan jawatan sekiranya penjawatnya sekadar duduk memanaskan kerusi dan menagih publisiti. Saya rakyat yang patriotik tetapi saya malu melihatkan sikap Malaysia ini. Itu belum lagi kita mebicarakan darihal nasib kerajaan Palestin di bawah Hamas yang OIC seolah-olah lagnsung tidak berdaya membelanya.

No comments: