Umno lebih berkuasa dari Kabinet
Semua mengetahui bahawa kerajaan Malaysia ditadbir oleh Jemaah Menteri yang membentuk Kabinet Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri.
Oleh kerana Barisan Nasional telah diberi mandat oleh rakyat diperingkat Pusat maka parti tersebutlah yang menganggotai kabinet tadi. Dan memandangkan Umno adalah parti paling dominan dalam BN maka Umnolah yang paling banyak diwakili dalam Kabinet Malaysia. Dari 32 jawatan Menteri sebanyak 22 dipegang oleh Umno dan selebihnya oleh wakil parti-parti komponan BN yang lain.
Menurut amalannya segala hal-ehwal dan urusan Negara diputus dan dilaksanakan atas nama Kabinet ataupun Kerajaan Malaysia dan bukannya parti-parti politik. Akan tetapi dalam akhbar hari ini kita melihat seolah status quo yang telah ada sejak 1957 ini kini seolah telah diubah tanpa pengetahuan.
Menurut akhbar THE STAR Setiausaha Agung Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Radzi Sheikh Ahmad berkata:
He said it was for the party’s supreme council, and not the Cabinet, to decide because it involved Umno a lot more than the Cabinet.
Beliau memberikan reaksi terhadap tindakan pengharaman ke atas filem Lelaki Kominis Terakhir baru-baru ini.
Bermakna dalam hal-hal tertentu konsensus Kabinet tidak diperlukan, cukup sekadar keputusan Majlis Tertinggi Umno, dan Kabinet perlu tunduk dan akur!
Dimanakah perginya semangat kerjasama BN yang diheboh-hebohkan itu?
Bagi saya kenyataan Radzi ini memandang rendah peranan MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB, SUPP dan UPKO dalam Kabinet. Atau memang parti-parti tiada peranan dalam Kabinet, cuma sekadar Pak Angguk sahaja?
Memang sebagai parti dominan dalam BN, Umno boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, namun dalam kes filem Lelaki Kominis Terakhir ini ianya melibatkan keputusan kerajaan, maka biarlah apa pun keputusan, seharusnya dilakukan atas nama kerajaan dan bukannya Umno.
Hari ini kes filem esok lusa entah apa hal lagi pulak hal yang Umno merasakan perlu merampas lagi kuasa Kabinet. Saya rasa trend ini bakal menggagalkan usaha PM untuk kononnya melonjakkan Malaysia sebagai Negara bertaraf dunia pertama.
Bagi saya lagi dalam hal ini Mat Dee (nama timangan yang digunakan Dollah memanggil Radzi) cuba memaparkan wajah beliau sebagai juara Umno dan juara anti kominis.
Cuma saya masih lagi ingat sebelum Pilihnaraya Umum 1990 dahulu, pernah dalam satu taklimat pilihanraya yang diadakan di rumah Sdr Mazlan Dato Harun, Mat Dee yang ketika itu tokoh Semangat 46 (serpihan Umno) semasa memberikan taklimat telah memperkecilkan Umno Baru yang didaftarkan oleh Presiden Umno ketika itu.
Kata beliau Umno ni sebenarnya Umno Baruuuah!!! (Tak ingat lagi kot Mat Dee?)
No comments:
Post a Comment