Friday, May 26, 2006

Samy Vellu sepanjang minggu

Katalah apa nak kata namun ahli Parlimen Sg Siput yang juga Presiden MIC serta Menteri Kerjaraya ini merupakan seorang ahli politik yang licik, robust dan lain dari yang lain-lain.

Saya perhatikan sepanjang minggu ini beliau begitu menonjol sekali. Bermula dengan pemilihan kepimpinan MIC yang akan diadakan pada 24 Jun ini yang akan menyaksikan pertandingan disemua peringkat kepimpinan tertinggi kecuali jawatan Presiden yang telah beliau menangi tanpa bertanding untuk satu penggal lagi.



Tidak cukup dengan kemenangan itu Samy berkempen pula secara terbuka agar calon beliau G. Palanivel dapat menewaskan Timbalannya S.Subramaniam yang sangat dibencinya itu.

Belia juga meletakkan calon-calonnya untuk jawatan Naib-naib Presiden.

Tiba-tiba dalam akhbar hari ini Samy yang telah lebih dua dekad menjadi Menteri itu mengumumkan bahawa beliau memberikan kebebasan kepada anggota partinya bertanding merebut 23 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti India itu.

Beliau dipetik oleh THE STAR sebagai berkata:

There would not be an Official List for the CWC posts this time. I am not going to control anyone ? I am giving them the freedom to contest.

Jawatan Timbalan dan Naib-Naib telah pun disusun orang-orangnya, tiba-tiba jawatan AJK Pusat ini beliau kononnya memberikan kebebasan tanpa mengawal sesiapa. Itulah bukti betapa liciknya Tok Samy kita ni!

Minggu ini juga Samy telah secara resmi menyerahkan kunci bangunan Menara MATRADE kepada Rafidah Azizi selaku Menteri MITI.

Beliau mendesak agar tindakan diambil terhadap Lembaga Pengarah Perangsang International Sdn. Bhd. ataupun PISB, anak syarikat kerajaan negeri Selangor (sehinggalah dijual kepada orang lain baru-baru ini) yang merupakan kontraktor asal bangunan ini.

PISB telah gagal menyiapkan bangunan tersebut pada masa yang ditetapkan sehingga mengakibatkan kerugian besar pada pihak kerajaan. Malah kualiti pembinaan PISB juga mengakibatkan kontraktor baru terpaksa diambil bagi memulihkan bangunan tersebut.

Dalam akhbar hari ini Tok Samy mendedahkan betapa tender untuk bangunan tersebut pada awalnya telah diputuskan oleh Lembaga Tender JKR agar dianugerahkan kepada syarikat Ireka Construction Berhad yang telah menawarkan kos RM157 juta dan tempoh pembinaan selama 138 minggu.

Akan tetapi pihak Kementerian Kewangan sebaliknya telah menawarkan projek tersebut kepada PISB dengan kos RM167 juta.

Bermakna Tok Samy cuba mendedahkan betapa terdapat unsur-unsur tidak sihat sejak awal awal permulaan kes MATRADE ini lagi. Nampak berani betul Tok Samy kita, bagaikan seekor singa perkasa!

Namun dalam akhbar hari ini juga kalau kita ikuti kes perbicaraan rasuah terhadap bekas Pengarah Penguatkuasa MPAJ Kapten (B) Abd Kudus Ahmad, kita dapati nama Tok Samy pun terbabit sekali.

Beikut petikkan dari kahbar THE STAR hari ini:

The former enforcement chief had told the court on Wednesday that he filed the report because of two phone calls he had received from Kayveas, who wanted the raid held back, and a third phone call from an unknown caller.

When counsel M. Manoharan asked if anyone else had tried to interfere on action being taken against other business premises, Abdul Kudus replied: Yes. (Works Minister) Datuk Seri S. Samy Vellu.

Ini lagi licik! Walaupun petikan diatas sekadar kenyataan pihak pembela namun kita harapkan Tok Samy yang licik, robust dan lain dari yang lain-lain itu tidaklah MENYALAHGUNAKAN KUASA juga sebagaimana pemimpin lain. Sama-samalah kita ikuti kesudahannya nanti.

No comments: