Hari penamaan calon DUN Sarawak
Hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum DUN Sarawak kali yang ke 9.
Calon-calon dari parti-parti politik samada BN, pembangkang mahupun Bebas dijangka memfailkan kertas pencalonan masing-masing antara jam 9 ke 10 pagi sebelum pengisytiharan dibuat oleh SPR mengesahkan samada terdapat pertandingan ataupun tidak di 71 kerusi yang membentuk DUN Sarawak itu (Sarawak memiliki bilangan kerusi DUN yang terbanyak di Malaysia).
BN dijangka seperti biasa akan mencatat kemenangan besar memandangkan sebagaimana biasa segala saluran media perdana akan dieksploitasi sepenuhnya untuk memastikan kejayaan mereka.
Malah disaat saya menulis ini RTM sedang menyiarakan siaran secara langsung dari Sarawak dan para juruhebah yang membat liputan rata-rata menyanyikan lagu yang enak-enak apabila sahaja mengulas apa sahaja berkenaan BN samada calonnya, perarakan mereka ke pusat penamaan calon ataupun barisan kebinet negeri.
Sementara itu sebagaimana diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Hj Abd Taib Mahmud, 70 tahun yang juga Presiden PBB (komponan BN Negeri) sekali lagi akan bertanding dalam PRU ini.
Beliau menjawat jawatan KM Sarawak pada tahun 1981 iaitu sudah mencecah 25 tahun menjadikan beliau Ketua Negeri yang paling lama menjawat jawatan pada ketika ini.
Selain pencapaian beliau diperingkat negeri, Taib merupakan satu-satu Ketua Negeri yang anaknya memiliki Publkic Listed Company malah memiliki bank perdagangan sendiri (lebih hebat dari anak PM Dollah Badawi).
Demikianlah cekapnya pemimpin-pemimpin BN apabila diberi amanah oleh rakyat untuk memerintah, serupa sahaja di Sarawak ata mana sahaja negeri di Malaysia.
Selamat berkempen dan mengundi kepada rakyat Sarawak, buatlah pilihan dengan penuh bijaksana.
No comments:
Post a Comment