Sunday, May 14, 2006

Pilihanraya Sarawak:
Berilah kebebasan kepada rakyat


Sekali lagi saya terpanggil untuk memberikan komen berkenaan perjalanan pilihnaraya umum DUN Sarawak.

Demokrasi yang diterjemahkan dalam proses pilihanraya ini sepatutnya bermaksud kebebasan yang diberikan kepada rakyat untuk memilih di dalam FREE AND FAIR ELECTIONS iaitu proses pemilihan yang bebas dan adil.



Parti-parti politik yang bertanding septutnya diberikan kebebasan berkempen secara sama-rata, tanpa ada mana-mana pihak yang diberikan keistimewaan ataupun memanipulasi media atau jentera kerajaan untuk kepentingan partinya semata-mata.

Kerana itulah semua parti dibenarkan berkempen bertemu rakyat secara bebas tanpa sekatan dan setiap parti termasuklah calon bebas boleh menaikkan poster dan mengedarkan manifesto masing-masing.

Kerana itulah juga maka kita ada SPR ataupun Suruhanjaya Pilihnaraya yang sepatutnya menjadi badan bebas mengendalikan pilihanaray ini dan memastikan ianya berjalan dengan bebas dan adil.

Sekali lagi wajah hodoh demokrasi ala Malaysia memunculkan diri dan kali ini di Sarawak.

Seluruh saluran media perdana khasnya TV dan radio samada milik kerajaan ataupun swasta kelihatan melacurkan diri untuk kepentingan Barisan Nasional Sarawak!

Buletin Utama TV3 malam tadi contohnya berkempen secara terang-terangan untuk Ketua Menteri Taib Mahmud yang bertanding di N51 Balingian menetang calon Parti Keadilan Rakyat Ibrahim Bayau.

Tanpa menghormati FREE AND FAIR ELECTIONS tadi TV3 dengan biadap menyerang peribadi calon PKR termasuklah dengan mengatakan bahawa calon PKR itu adalah seorang penganggur!

Sementara itu kalau kita membaca berita di lama BERNAMA (selaku Agensi Berita Kebangsaan) kita akan dapati satu artikel bertajuk:

Call To Bury Opposition Parties From Peninsula
Seruan mengkuburkan sahaja parti-parti dari Semenanjung

iaitu memetik kenyataan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (yang juga ahli sebuah parti dari Semenanjung juga) yang meminta rakyat Sarawak agar menolak parti-parti yang berpusat dari Semenanjung Malaysia contohnya PKR, DAP dan PAS.

Dimanakah SPR dalam hal ini? Atau SPR pun dah berjangkit dengan sindrom TUTUP SEBELAH MATA yang dipopularkan oleh ahli Parlimen Umno Mohd Said Yusof?

Perkembangan ini membuktikan yang sesungguhnya BN tidak bersedia menghadapi rakyat dalam pilihnaraya yang bebas dan adil. Hairan kalau benar BN sudah kuat dan gagah, apalagi yang mahu dibimbanginya?

Jelaslah walaupun kita di Malaysia kononnya idamkan taraf dunia pertama serba-serbi namun sedihnya sistem pilihnaraya kita masih beku dan kaku jauh kebelakang di dunia entah ke berapa tercorot!

No comments: