Wednesday, December 06, 2006

Biarkan Kelantan dengan Islamnya

Kata Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil dalam THE STAR hari ini wanita di Kelantan akan menentang langkah MPKB-BI menguatkuasakan kod pakaian untuk jurujual, pelayan dan peniaga di Kelantan. Kata beliau lagi:

It is so disrespectful to the women there
(Ianya amat tidak menghormati wanita di sana)

Siapa yang tidak menghormati siapa? Siapa yang serius mahu melaksanakan Islam dan siapa yang berlakun dan mempermainkan syariat Allah?

Saya sertakan di bawah gambar Shahrizat ketika beliau mengunjungi Iran baru-baru ini. Gambar menunjukkan beliau bersama Pengarah Pusat Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Republik Islam Iran, Puan Zohreh Nouri.



Mengapa Shahrizat berpakaian demikian? Baiklah ia majlis rasmi, tetapi mengapa perlu berpakian demikian? Ini bukan pakaian biasa Shahrizat, mengapa perlu berpura-pura?

Jawabnya kerana di Iran ada dress code yang perlu dipatuhi, apakah Republik Islam Iran disrespectful towards their women? Mereka ada Vice President wanita, Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri Wanita?

Di Kelantan kedua-dua Senator atau ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajaan negeri mewakili Kelantan di Senat adalah wanita (diwaktu Umno perintah tak pernah begitu)(seorang peguam macam Shahrizat juga), Kelantan ada ADUN wanita, Kelantan buat pertama kalinya hari ini ada Penghulu-penghulu wanita, and who are you to tell the Kelantanese that they are disrespectful towards their women?!

Apa yang mahu diperkenalkan adalah peraturan yang pada perkiraan kerajaan negeri akan dapat mengawal warga negerinya, mempertahankan keselamatan dan maruah mereka, adakah itu menganggu sangat Shahrizat?

Terus-terang sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan 16 tahun lalu, cuba berikan satu usaha mereka yang disokong atau menerima endorsement dari Shahrizat? Sesungguhnya kerajaan negeri tidak memerlukannya pun, malah kalau mahukan popularity (sebagaimana yang BN sering mahukan) logiknya kerajaan negeri tak perlulah perkenalkan peraturan ini.

Kalau mahu undi dan rakyat Kelantan sebagaimana kata Shahrizat menentang usaha-usaha ini maka lebih baik kerajaan PAS membisu sahaja. Punggah sahaja kekayaan negeri masukkan ke kocek masing-masing dan duduk diam-diam sebagaimana diamalkan di negeri-negeri lain. Tambahan akalau ada ADUn yang macam Zakaria dari pelabuhan Kelang tu. Masalah moral masalah akhlak itu hak peribadi, tetapi mengapa kerajaan PAS sanggup melawan arus sebegini?

Jawabnya tuntutan kepada agama mengatasi ukuran populariti yang Shahrizat dan kawan-kawan sekutunya pentingkan. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan dunia dan akhirat lebih penting dari melayan gangguan mereka yang memang tidak pernah senang hati seperti Shahrizat dan yang seangkatan dengannya.

At least they are being honest and truthful unlike the Hadhari government that allegedly adores Islam but has done nothing to uphold and protect it.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Mungkin dah lambat sangat nak beri komen tapi nak sangat menyatakan betapa bersetujunya saya dengan pendapat anda.

It's true what you've said about the UMNO government and its alleged love for Islam.

Lagi pun siapa yang melampau disini - kerajaan PAS yang setakat melaksanakan undang-undang Islam yang sememangnya agama majoriti rakyat Kelantan ATAU kerajaan BN yang banyak kali menunjukkan ketidakprihatinan dengan kedudukan Islam sebagai agama majoriti penduduk Malaysia ?

Mentelah kerajaan PAS dipilih secara adil dan bebas oleh rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan sedia maklum akan dasar-dasar parti ini. Jadi kenapa nak riuh-rendah sangat ?

Bila ahli BN meluahkan komen-komen sebegini, bukan sahaja mereka nyaris-nyaris menjejaskan aqidah mereka, tetapi mereka juga menunjukkan sikap tidak menghormati dengan pilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat Kelantan.

Inikah yang dinamakan demokrasi ?
Inikah yang dinamakan Islam Hadhari ?

Saya berharap agar orang Melayu khususnya makin menolak sekularisme UMNO yang bak syaitan bertopengkan agama.

Wassalam

Empangan Emas