Benarkah eksekutif telah campurtangan dalam urusan judiciary?
Seorang pengunjung di Blog ini telah memberikan komen berikut di bawah artikel saya bertajuk Jangan biarkan Islam terus dipermainkan:
harap2 saudara Roslan berhati2 dgn fakta yg dikemukakan sbb sebenarnya mahkamah telah mmbenarkan MAIS menarik balik keputusan tersebut .. tiada unsur2 tekanan politik
untuk keterangan lanjut sila lah rujuk kepada posting seorang peguam di sini .. bukan bermaksud utk mengeruhkan keadaan, tetapi kebenaran jugak dicari .. (tapi posting Forum Selangor FC yang diberikan tak dapat dibuka kerana perlu kata laluan)
Tak mengapalah. Saya juga kadang-kadang bimbang apabila menulis dalam Blog ini, takut-takut ianya dapat dijadikan bahan bukti untuk mendakwa saya pula nanti. Tapi insyallah saya percaya:
The truth can never be erased, neither can lies
Saya berterima kasih di atas concern saudara yang dimaksudkan. Mungkin kita perlu membaca sebuah artikel dalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA Ahad lepas yang bertajuk: Undang-undang atau bidangkuasa?. Ianya telah ditulis oleh seorang pensyarah iaitu Mohamed Azam Mohd Adil, Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM, Shah Alam (muaksurat 6)
Mohamed Azam menulis:
Dikhabarkan berlaku PERSETUJUAN antara pihak MAIS, Peguam Negara, Mufti Selangor, JKSM mengenai tuntutan mayat Rayappan. Akhirnya, mayat Rayappan akan dikebumikan mengikut ajaran Kristian.
Beliau menambah:
Penarikan tuntutan ke atas mayat Rayappan oleh MAIS boleh dianggap sebagai ANTI CLIMAX dan merendahkan kedudukan Mahkamah Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa dalam perkara tersebut.
Pada kaca mata perundangan, kenyataan Perdana Menteri bahawa Kabinet merujuk kepada Peguam Negara menyelesaikan kemelut ini sangat dihargai. Tetapi sebagai Peguam Negara, beliau seharusnya menasihat Kabinet bahawa beliau tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara yang dipertikaikan memandangkan bahawa ia terletak secara eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Sesiapa yang berminat boleh membaca artikel yang menarik itu yang sekaligus membutkikan sesungguhnya memang seolah ada unsur-unsur tekanan politik dalam kes yang dimaksudkan.
I rest my case.
No comments:
Post a Comment