Junjung kasih Tuanku Sultan Selangor
Sekali lagi Tuanku Sultan Selangor membuktikan betapa Tuanku sesungguhnya adalah Raja yang berjiwa rakyat. Tuanku telah memanggil satu perhimpunan 2,000 para pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam Selangor dalam satu majlis di Shah Alam semalam.
Dalam majlis yang diberi nama Majlis Mengadap Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Selangor itu Tuanku telah menyampaikan titahnya setebal 14 mukasurat.
(UTUSAN yang kemungkinan berkubur tak lama lagi sekadar memuatkan satu laporan ringkas di muka enamnya sedangkan THE STAR menempatkan gambar Tuanku di muka depan dan laporan bergambar tiga suku muka di muka empat)
Tuanku bertitah:
Anggota legislatif (ADUN) mestilah mendaulatkan undang-undang yang dibuat atas nama Tuanku dan tidak menjadi orang yang pertama melanggar (atau mengingkarinya)
Dalam ertikata lain para penggubal undang-undang termasuklah ahli-ahli majlis PBT mestilah menghormati dan mempertahankan undang-undang.
Tuanku menambah:
Beta mahu rasuah dan salah guna kuasa ditangani dengan sekeras-kerasnya jika tidak ianya akan mengakibatkan para pegawai dan kakitangan awam menjadi tamak dan mementingkan diri sendiri.
Tuanku turut mengingatkan jangan negeri ini musnah diakibatkan oleh rasuah para pegawainya. Titah Tuanku lagi bahawa Tuanku banyak menerima laporan berkenaan masalah dan keresahan rakyat dari media tempatan dan kebanyakkannya terhadap PBT-PBT.
Nampaknya Tuanku begitu prihatin akan gelora dan gejala rasuah yang menimpa negeri ini akibat kerakusan sebahagian pimpinan negeri dan kakitangan awamnya. Tuanku bukan hanya terdedah akan skandal Zakaria Md Deros yang mengaibkan negeri ini malah pasti Tuanku juga tahu akan masalah-masalah lain termasuklah di Kg Berembang, skandal antara ahli Parlimen dan Senator Selangor, perlantikan bekas pemimpin Selangor yang pernah mengaibkan negeri ini sebagai seorang Senator, komplek EXCO yang bagaikan Gajah Putih, EXCO yang tidak mematuhi peraturan PBT, EXCO yang terlibat dalam kes menipu, maksiat yang berlelusa, gejala sosial dan berbagai lagi.
Mesej Tuanku ini jelas membuktikan betapa Selangor kini dimpimpin oleh barisan pimpinan yang tercemar dengan masalah akhlak dan moral yang membinasakan. Kita akui negeri bertuah ini subur dan kaya, tetapi kemakmurannya sekadar berligar dikalangan pihak-pihak tertentu sahaja.
Kerana itu Tuanku menegaskan:
Jurang pendapatan antara mereka yang berada di bandar dan di luar bandar semakin jauh malah kembali jauh sebagaimana sebelum perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dahulu.
Ini bermakna dasar dan perlaksanaan kerajaan negeri gagal dan tidak berjaya memulihkan kedudukan masyarakat di luar Bandar yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang-orang Melayu.
Akan insaf dan sedarkah Khir Toyo? Atau apakah beliau perlu disedarkan oleh rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya umum yang akan datang? Semoga rakyat Selangor menerima isyarat dari Tuanku ini.
No comments:
Post a Comment