Monday, December 04, 2006

Maka berdoalah Pope menghadap kiblat di dalam rumah Allah

Pope Benedict XVI baru-baru ini membuat kunjungan ke Turki satu-satu negara Islam yang dilawatinya secara rasmi sejak menjawat jawatan ketua Roman Katolik dunia.

Salah satu aturcara beliau adalah mengunjungi the Blue Mosque ataupun Masjid Sultan Ahmed yang siap dibina pada tahun 1617 atas arahan Sultan Ahmed I yang menjadi sultan daulah Othmaniah pada usia 14 tahun.



Lawatan Pope ke Turki disambut dengan protes dan bantahan besar-besaran masyarakat Islam Turki yang masih marah dan kecewa dengan kenyataan beliau baru-baru ini di Jerman yang menyebut:

Show me just what Muhammad brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached

Namun saya kira Pope pergi jua ke Turki kerana beliau sesungguhnya memiliki agenda untuk memulihkan imejnya ekoran insiden itu. Terbukti salah satu langkah yang dilakukannya kea rah itu adalah dengan menziarahi Masjid Sultan Ahmed I dengan diringi Musfti Turki Mustaffa Cagrici.

Apabila masuk ke ruang masjid dengan diringi juru gambar seluruh dunia Pope telah berdiri bagaikan seorang sedang bersolat, beliau berdoa (say his prayers) dalam keadaan demikian dengan tidak merapatkan kedua belah telapak tangannya sebagaimana biasa diamalkan oleh penganut agamanya.

Gambar Pope dalam keadaan demikian telah serta-merta menurut sebuah agensi berita antarabangsa disibarkan ke seluruh dunia bagi menjayakan agenda Pope itu.



Demikianlah terpaksa beliau berusaha demi menjernihkan kembali hubungan beliau dengan dunia Islam keseluruhannya. Apa pun yang jelas bagi kita Pope telah berdoa di dalam rumah Allah mengadap ke kiblat dan semoga dengan itu tiada lagi kenyataan yang akan menggugat hubungan antara penganut Islam dan Kristian akan terbit dari pemimpin Vatikan itu.

No comments: