Tuesday, December 05, 2006

Arahan pakian bersopan MPKB-BI tak masuk akal?

Akhbar THE STAR hari ini dengan ghairahnya meletakkan di muka depannya tajuk:

No sexy dressing: Women workers in Kelantan warned of stiff fines

75% daripada muka tiga akhbar yang sama melaporkan pula suara tidak puas hati dari sebilangan besar NGO wanita termasuklah Ketua Wanita MCA Dr Ng Yen Yen. terhadap arahan pihak Majlis Perbandaran Kelantan Bandaraya Islam berhubung isu pakaian sopan untuk para pekerja wanita di kawasan PBT tersebut.

Akhbar tersebut siap memuatkan karikatur wanita di bawah untuk meneguhkan maksudnya.



Apa yang berlaku menurut akhbar tersebut adalah pihak MPKB-BI mengumumkan bahawa ia akana menguatkuasakan suatu peraturan yang telah sedia ada dalam undang-undang kecilnya iaitu berhubung pakaian sopan untuk wanita Islam dan wanita bukan Islam khasnya yang melibatkan jurujual, pelayan dan para peniaga di premis perniagaan masing-masing.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam PBT itu di bawah undang-undang kecilnya mana-mana wanita yang didapati berpakaian secara itdak sopan atau tidak senonoh boleh didenda sehingga RM500.00.

Menurut pegawai itu lagi sebelum ini peraturan itu tidak pun dikuatkuasakan lagi tetapi setelah pihaknya banyak menerima aduan orang-ramai maka kini mereka akan melaksanakannya.

Mengulas isu ini Ketua Wanita MCA menyerus agar kerajaan PAS Kelantan tidak:

Introduce ridiculous policies (polisi yang tidak masuk akal)

Apakah menguatkuasakan pencegahan kemungkaran yang dituntut oleh Allah swt itu satu kerja sia-sia dan tidak masuk akal?!

Nampaknya Ketua Wanita MCA ini sudah melampaui batas dalam mengeluarkan kenyataan, jika sekadar mahu mengkritik kerajaan PAS itu hak beliau, tetapi jangan sampai merendah dan menghina Islam.

Ivy Josiah dari Womens Aid Organaistaion, Maria Chin Abdullah dari Womens Development Collective dan Honey Tan dari All Womens Action Society (AWAM) masing-masing mengeluarkan kenyataan mengkritik langkah pihak MPKB-BI itu.

Mereka ini mungkin terlupa bahawa kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat Kelantan adalah kerajaan negeri yang membawa dasar Membangun Bersama Islam. Mereka memiliki tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberi mandate kepada mereka untuk melaksanakan dasar dan polisi Islam. Jika ada apa-apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan Islam mungkin kita boleh katakana yang mereka telah menyimpang dari dasar mereka, tetapi melaksanakan apa yang mereka perjuangkan, itu hak mereka.

Kenapa pemimpin-pemimpin yang kononnya mewakili wanita ini tidak bertemu dengan masyarakat wanita di Kelantan sendiri? Kenapa tak ditanya kepada mereka apakah mereka menerima aatau menolak arahan ini? Kenapa mengeluarkan kenyataan dari Kuala Lumpur yang hanya mahu melaksanakan Islam Hadhari iu.

Hairan ketika tubuh-tubuh wanita diperagakan bagai barangan semasa majlis-majlis pameran dan ekspo yang besar-besar di KL pemimpin-pemimpin wanita ini membisu seribu bahasa. Wanita yang bekerja sebagai GRO, yang tubuhnya digomol setiap malam oleh jantan-jantan binatang tidak pula diperjuangkan nasib mereka, begitu juga yang bekerja sebagai tukang-tukang urut yang memuaskan nafsu para lelaki di KL dan Bandar-bandar besar.

Tetai apabila sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan yang mahu melaksanakan sesuatu yang sopan dan baik untuk masyarakatnya, terus diserang dan dikeji.

MPKB-BI tidak memaksa wanita bukan Islam memakai pakaian tutup aurat. Cuma sebagimana THE STAR laporkan:

No body hugging outfits, no blouse which show the navel, no see through blouses, no mini skirts, no tight pants

Salahkah mereka melarang para peniaga dan jurujual yang berinteraksi dengan masyarakat ramai dari berpakaian sedemikian sedangkans sebagai PBT mereka diberikan kebenaran oleh undang-undang?

Sebagai PBT yang mendukung kerajaan yang mahu melaksanakan Islam, salahkah mereka apabila mengarahkan wanita-wanita Islam agar berpakaian menutup aurat sedangkan pakaian itu adalah pakaian yang dituntut oleh Islam?

Saya rasa pemimpin-pemimpin wanita ini sebenarnya terasing dari realiti hidup di Kelantan kerana mereka asyik dengan kenikmatan hidup di Darul Hadhari yang tidak nampak serong wanita tak kira usia mengenakan pakain mendedahkan pusat contohnya.

Cuba kita lihat di penghujung laporan akhbar tersebut. Apabila ditanya seorang peniaga di Kota Bharu, Che Suraya 32 tentang langkah MPKB-BI itu beliau menyatakan sokongannya. Tambah beliau:

Hampir dimerata tempat pembantu-pembantu peniaga dan pelayan mengenakan pakian yang seksi. Ini suatu penghinaan terhadap Islam.

No comments: