Friday, December 29, 2006

2007 bermula di Batu Talam

Tirai 2007 akan disingkap kurang 56 jam dari sekarang.

Yang pasti 2007 akan menyaksikan pilihanraya kecilnya yang pertama berikutan kematian ADUN BN-Umno Batu Talam, Pahang baru-baru ini.

DUN ini agak panas kerana inilah kali kedua para pengundinya akan mengambil bahagian dalam pilihnaraya kecil lantaran kematian ADUN nya. Sebelum ini kira-kira 13 tahun lalu para pengundi di sini terpaksa keluar mengundi dalam satu pilihnaraya kecil apabila ADUN mereka ketika itu terbunuh dalam kejadian pujaan ilmu ghaib yang melibatkan bomoh Mona Fendi.

Kini 10,748 pengundi di Batu Talam akan keluar mengundi sekali lagi pada tahun 2007.

Umno dijangka menghadapi calon PAS sekali lagi dikerusi yang pengundi Melayunya lebih 78% ini.


Duduk stabil atas tiang telefon di Johor

Di DUN Pahang terdapat 42 kerusi, dengan 41 dibolot oleh BN dalam pilihanraya umum 2004 lalu manakala pembangkang cuma ada satu suara iatu melalui YB Leong Ngah Ngah dari DAP di DUN Teriang.

Pimpinan Umno termasuklah Timbalan Presidennya Najib Tun Razak dan MB Pahang telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN tidak ada masalah mempertahankan kerusi tersebut. Memang tradisinya begitulah, tambahan pula Batu Talam tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang, mustahil dalam pilihanraya kecil pula ia boleh gugur.

Namun dalam politik sesungguhnya tiada isitlah mustahil.

Apa pun saya melihat gelanggang di Batu Talam ini ada;ah forum tervaik bagi parti-parti pembangkang bersatu untuk menghadapi BN yang diketuai Umno. Luka rakyat (meminjam kata-kata sahabat saya Anuar Mohd Nor dari umno-reform.com) merah berdarah sepanjang tahun 2006 ini. BN dan Umno ternyata merupakan kepala yang terbabit mengakibatkan kecederaan ini.

Lalu rakyat terkapai-kapai tanpa pembela, menangis terisak, tiada siapa yang peduli.

Oleh itu tibalah masanya parti-parti politik alternatif ini menggunakan gelanggang Batu Talam bagi melahirkan kembali satu barisan yang kukuh dan padu untuk menghadapi BN dan Umno dalam Pilihanraya yang lebih besar yang ramai menjangkakan akan dipanggil pada tahun 2007 nanti.

Rakyat saya kira sudah mula berjinak dan sudah mula mahu mengumpul keberanian untuk melakukan perubahan, syaratnya parti-parti alternatif ini mestilah dilihat bersatu mampu dan bertenaga menjadi galang-ganti terhadap BN Umno yang semakin lapuk dan usang itu.

Kiranya bermula dengan Batu Talam perpaduan itu tidak dapat diusahakan saya bimbang kesediaan yang diasah oleh rakyat itu akhirnya menjadi sia-sia apabila mereka berpatah balik dan kembali mendakap BN Umno yang walaupun lapuk dan usang tetapi lebih mereka kenali.

No comments: