Wednesday, December 27, 2006



Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional

Dalam keadaan kita mengeluh akibat kenaikkan kos barangan dan perkhidmatan, tol akan naik awal tahun depan, inflasi naik, dalam diam-diam kerajaan BN terus membakar duit rakyat.

Di Taman Tasik Titiwangsa, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan sedang membina sebuah Ferris wheel iaitu gelung raksaksa, setinggi 60 meter yang akan memuatkan 42 biji gondola atau gerabak siap berhawa dingin dan boleh memuatkan 8 orang sekali jalan.



Gelung raksaksa yang dibina dengan teknologi Swiss ini bernilai RM30 juta. Ianya akan dikenali sebagai EYE OF MALAYSIA seumpama EYE OF LONDON di Kota London sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Kononnya dengan menaiki EYE OF MALAYSIA ini kelak para pelacong dan penduduk tempatan dapat melihat seluruh bandaraya Kuala Lumpur dengan jarak penglihatan sejauh 20 kilometer.

Cumanya EYE OF MALAYSIA ini bukan akan terus kekal di situ. Dikhabarkan ia sekadar akan berada tegak dihujung tasik itu selama setahun sebelum ianya diturunkan.

Setahu saya kalau sekadar nak melihat KL sebegitu rupa, kenapa tak panjat sahaja KL Tower di Bukit Nanas, atau naik ke atas Bukit di Ampang? Mengapa harus kita humbankan wang rakyat sebegitu banyak atas alasan mahu menarik pelancong sedangkan rakyat dan negara kini tidak berapa sihat dari segi kewangan.



Saya mendapat tahu sesungguhnya banyak perbelanjaan yang melibatkan Kementerian ini dibuang begitu sahaja termasuklah dalam belanja-belanja promosi di luar negara yang seolah kelihatan sebagai satu pembaziran semata-mata.

Mungkin selepas ini para pelancong asing akan berbodong-bondong, bersesak-sesak menaiki Ferris wheel ini, lalu apa salahnya kita belanjakan wang sebanyak itu? Entahlah?

No comments: