Isyarat dari istana
Baru beberapa hari lepas Tuanku Sultan Selangor menegur para ADUN Selangor termasuk para pegawai kerajaan negeri agar mematuhi undang-undang dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Jauhi rasuah dan jangan menyusahkan rakyat.
Dalam akhbar hari ini dilaporkan pula berkenaan titah Yang Duipertuan Agong semasa majlis menjunjung kasih terhadap Tuanku di Parlimen semalam. Kata Tuanku:
Take care of your image as representatives of the people. Dont abuse your powers and break the law. You must be honest and responsible in your duties.
Anda semua perlu memelihara imej masing-masing sebagai wakil-wakil kepada rakyat jelata. Jangan menyalahgunakan kuasa dan melanggar undang-undang. Anda perlu jujur dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Sama sahaja bunyi titah kedua-dua duli Tunaku itu.
Sesungguhnya ia menggambarkan betapa kroniknya masalah imej kepimpinan di Malaysia pada hari ini. Rakyat disegenap lapisan terganggu dengan tingkah-laku, gelagat dan akhlak para wakil mereka yang jelas semakin buruk dan memalukan itu. Dan ternyata kedua-dua Raja Melayu ini sekadar melontarkan apa yang merupakan suara yang terpendam dihati rakyat kebanyakkan.
Siapa yang tidak bimbang apabila wakil yang diberi amanah, bukannya terkenal kerana jujurnya tetapi kerana perangai TUTUP SEBELAH MATANYA. Wakil yang diharapkan memimpin rupanya berpeleseran dengan sesama mereka, mengadakan hubungan haram dan tidak berakhlak. Wakil yang rakyat harapkan membantu mereka rupanya sibuk memunggah kekayaan, membina mahligai dan memajukan perniagaan.
Ini semua berlaku di hadapan mata kepala rakyat dan rakyat bukan lagi hidup di tahun 50an dimana mereka akur kerana hormat dan segan.
Rakyat sudah mual dan bosan apabila ada anak-beranak Ketua Menterinya yang kaya-raya memiliki bank dan khazanah yang luar biasa. Rakyat sudah jelak apabila melihat anak dan menantu PM nya hidup mewah hasil dari kedudukan mereka sebagai anak dan menantu PM.
Realitinya rakyat sedang bergelut hidup dalam serba kepayahan lantaran kos hidup yang semakin mencengkam dan meningkat. Tahun hadapan mereka perlu pikul pula kos kenaikkan kadar tol setelah memuntahkan hasil penat-lelah mereka untuk menampung kos kenaikkan harga minyak, gas memasak, bil letrik, bil air dan barang-barangan serta perkhidmatan.
Apa yang wakil-wakil rakyat ini lakukan? Bukankah sebagai wakil kita mereka sepatutnya bergelut memerah otak, berfikir dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan membela kebajikan rakyat?
Tetapi tidak. Sehingga pihak istana pun mula mempertikaikan peranan dan sikap mereka.
Mungkinkah sudah tiba masanya untuk kita melakukan perobahan hasil dari isyarat yang diberikan oleh pihak istana ini? Fikirlah masak-masak, jangan lagi bersekongkol dengan mereka yang mempersiakan amanah seumpama ini.
Daulat Tuanku!
No comments:
Post a Comment