Jangan biarkan Islam terus dipermainkan
Mayat Rayapan a/l Anthony yang satu ketika dahulu pernah dikenali sebagai Muhammad Rayapan Abdullah dijangka dibakar menurut adat istiadat Katholik esok setelah pihak Majlis Agama Islam Selangor MAIS memutuskan untuk menarik balik tuntutan untk mengkebumikan mayat simati sebagai seorang Muslim. Bermakna setelah 9 hari menunggu barulah akhirnya keluarga simati diberikan kebenaran untuk menuntut mayat simati itu.
Apa pandangan anda?
Ianya bukan baru, di Negeri Sembilan tidak berapa lama dahulu mahkamah syariah di sana memutuskan yang mayat si mati Nyonya Tahir diserahkan kepada keluarganya untuk disemadikan menurut kepercayaan Buddha setelah didapati yang beliau mati sebagai seorang penganut Buddha.
Cuma dalam kes Rayappan ini belum pun mahkamah syariah membuat keputusan atas tekanan politik MAIS telah menarik balik tuntutannya.
Apa pun bagi saya keluarga simati yang bukan Islam tidak boleh disalhkan dalam hal ini. Mereka tidak diwajibkan untuk tahu berkenaan hal ehwal dan seluk-belok agama Islam. Yang memikul beban adalah kita.
Mendiang memeluk Islam pada tahun 1990 kerana berkahwin dengan seorang wanita Muslim. Pada tahun 1996 mendiang kembali kepada isteri pertamanya Mary Lourdes dan terus mengamalkan agama asalnya sehingga meninggal dunia ketika dirawat oleh Mary.
Mengapa Islam ini kita biarkan laksana pintu yang terkangkang luas, boleh masuk dan keluar ikut suka. Bila ada yang telah keluar lantaran kelalaian dan kelonggaran kita itu dan mati pula ia terus kita kelam-kabut mahu mengenakan kuatkuasa untuk menuntut mayatnya.
Ketika itu jadilah kita laksana kera sumbang, dicaci, dimaki dan diejek-ejek orang. Jadilah Islam bahan senda-gurau akibat dari kelalaian dan kelonggaran kita iut.
Kembalilah ke DRAWING BOARD. Kita bukan sekadar perlu menguatkuasakan hukum dan peraturan murtad malah lebih penting lagi pintu yang terkangkang itu perlu kita perbaiki dan ada tuan yang mengawal keluar masuknya.
Rasulullah memang menganjurkan agar kita menyibar luaskan risalah Islam ini, namun yang Baginda tekankan adalah pendidikan, mengapa hal ini kita abaikan. Mengapa umpamanya apabila ada sahaja lelaki atau wanita yang mahu berkahwin dengan lelaki atau wanita Muslim terus sahaja kita terima dengan tangan terbuka, kadang-kala tanpa usul periksa dan tanpa menitikbertakan ilmu dan pendidikan.
Kunci sahaja mulut mana-mana golongan Islam, NGO Islam atau pemimpin Islam atau mana-mana individu Muslim yang biadap sehingga berani mengatakan bahawa keluar masuk agama ini adalah hak individu. Mereka ini juga perlu dididik dan jangan dibiarkan merosakkan agama.
Dalam waktu yang sama peraturan untuk memeluk Islam perlu dikemaskinikan (bukan diperketat tetapi di FOOL PROOF kan). Tumpuan perlu diberikan terutama dalam kes masuk Islam kerana kahwin, ini yang selalu mencetuskan masalah.
Apabila peraturan ini sudah kemas maka suka tak suka kita perlu memperkenal dan menguatkuasakan pula hukum meninggalkan agama (murtad). Ini bukan isu PAS atau Umno, ini isu maruah Islam dan dalam kes Rayapan ini saya kira maruah dan nama baik Islam telah teruk tercalar akibat keangkuhan dan kelalaian pihak yang diberi kuasa dan amanah.
Beringatlah sebelum Islam terus menjadi bahan senda-gurau dan main-mainan.
No comments:
Post a Comment