Thursday, December 07, 2006

Altantuya, Razak Baginda dan komisen pembelian kapal selam
di Parlimen

Saya mendengar isu ini dari seorang pemimpin Umno beberapa hari lalu. Kami kebetulan berjumpa dan beliau nyatakan panjang lebar berkenaannya namu saya tidak laporkan di Blog ini kerana ianya sekadar casual conversation dan saya tidak berani memikul sesuatu yang sekadar hearsay begitu, maklumlah para Bloggers pun sekarang sedang hebat dipantau pihak-pihak tertentu.

Dengan takdir Tuhan perkara ini dibangkitkan di Parlimen semalam, kita dengar di TV semalam dan dilaporkan dalam akhbar tempatan hari ini. Walaubagaimanapun saya hanya menulis apabila laman web Parlimen Malaysia akhirnya update hansard nya baru sebentar tadi.

Ianya dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang ketika sessi soal jawab rang undang-undang perbakalan 2007 bagi Kementerian Pertahanan dan dijawab oleh Timbalan Menteri Pertahanan Zainal Abdin Zin.

Terbukti apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu pada saya tempoh hari terbit sebutir-sebutir di Parlimen semalam.

Kisahnya pertama kerajaan Malaysia telah membeli dua buah kapal selam jenis SCORPENE dari Sepanyol dan Perancis yang bernilai 969 juta EURO, (THE STAR laporkan 996) iaitu kira-kira RM4.78 billion. Sebuah dijangka siap pada Julai 2009 dan sebuah lagi Febuari 2010.



Keduanya pembelian kapal selam ini dikatakan diselenggarkan oleh sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda (yang tertuduh dalam kes pembunuhan jelitawan Monggolia Altantuya) Kata Kit Siang komisen sebanyak USD100 juta telah dibayar kepada Razak Baginda dalam transaksi pemeblian kapal selam ini. Kata Timbalan Menteri:

Saya katakana yang kita tidak mengeluarkan komisen. Kalau Yang Berhormat kata Perancis, atau Finlad, Itali yang mengeluartkan komisen, itu kerja dia. Kita peringkat willing buyer, willing seller.

Itu kita jalankan berdasarkan kepada kos yang akan diminta oleh pihak pembekal dan kos yang dipersetujui oleh kita yang telah dipersetujukan oleh Kementerian Pertahanan.

(yang Kit Siang ingin tahu adakah komisen ini (tidak kiralah siapa bayar) kelak akan masuk ke dalam bil akhir yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan)

Ketiga Kit Siang bertanya:

Kenapa C4 explosive yang dimiliki MINDEF boleh begitu dapat dengan senang digunakan untuk melakukan jenayah dan begitu sensasi memberi gambaran yang buruk kepada Malaysia.

Kata Timbalan Menteri siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis, lalu Kit Siang bertanya lagi:

Tetapi C4 military, alat military bukan? Dalam kepunyaan military?

Memang rumit memang menimbul pelbagai syak wasangka. Apa yang saya terbitkan di atas adalah petikan dari hansard Dewan Rakyat yang boleh diperolehi dari laman web Parlimen Malaysia. Ulasan akhir saya: memang mahal kapal selam itu kalau menelan belanja sehingga lebih RM2 billion sebuah, dan ia pula tiba lepas pilihanraya umum ke 12 iaitu sekitar 2009 dan 2010. Dan komisen sehingga RM360 juta yang dikatakan diterima oleh Razak Baginda (yang isterinya kata tak ada cita-cita mahu menjadi PM itu) itu memang lumayan iaitu hampir sama dengan anggaran pendapatan bagi kerajaan negeri Kedah untuk tahun ini!

Samada benar atau tidak dakwaan Kit Siang itu (serta maklumat yang saya terima dari kawan Umno saya itu) ternyata tidak dijawab secara jelas oleh Timbalan Menteri berkenaan di parlimen. Lalu kita di luar sini akan terus bertanya dan menunggu!?!

No comments: