Monday, December 11, 2006

Ayuh lindungi kaum wanita secara serius

Semalam THE STAR dalam ruangan sisipan Star Mag nya, telah menerbitkan satu laporan iaitu:

What women want is freedom from fear

Dalam artikel itu sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia peranan Womens Aid Organaisation (WAO) telah menerima liputan dan beberapa angka yang membimbangkan turut didedahkan.

Contohnya menurut WAO bagi tahun 2005 sahaja terdapat 1,931 kes rogol yang dilaporkan di Malaysia. Ianya bersamaan dengan 5.3 kes sehari ataupun satu kes rogol berlaku setiap 41/2 jam sehari! Dan angka ini memningkat setiap tahun iaitu dari 1,217 kes pada tahun 2000 sehinggalah 1,931 tahun lepas.

Sudah tentu apabila kita mahu membahaskan punca berlakunya rogol ini kita akan dapat berbagai-bagai hujah dan alasan dari berbagai-bagai pihak. Mungkin pengaruh media dan menularnya maklumat lucah dan pronografi dari pelbagai sumber adalah salah satu pendorong kepada meningkatnya kes sedemikian rupa.



Juga menjadi punca adalah kehadiran individu yang kacau dan tertekan hidupnya, sehingga tidak mampu mengawal nafsunya lalu jatuh ke tahap buas dan kebinatangan. Ini juga adalah faktor penyumbang. Selain itu pergaulan bebas, pengaruh alkohol dan kawan-kawan yang liar juga sering menjadi punca.

Dalam erti kata lain kita memerlukan pendidikan, kita memerlukan penguatkuasaan bagi memastikan yang anak perempuan dan isteri serta saudara-mara kita akan selamat hidup di negara ini tanpa menjadi mangsa rogol oleh binatang-binatang berupa manusia ini.

Memanglah kadangkala perogol ini adalah dari kalangan sebaik-baik manusia (perangai dan gelagatnya), ada yang dari profesyion yang baik-baik seperti anggota polis, guru, ustaz, paderi, doktor, majikan lalu kita buntu bagaimana mahu mendinding mereka yang tersayang dari ancaman syaitan bertopengkan malaikat ini.

Apa pun yang jelas pintu dan lubang kepada punca terjadinya kejadian ini begitu banyak. Kita mungkin tidak mampu menutup kesemuanya atau kalau pun kita sangka kita telah menutupnya ada pula yang terbuka tanpa kita sedar seperti dalam kes syaitan bertopengkan malaikat itu.

Kesimpulannya usaha serius untuk mula menutup lubang dan pintu ini perlu bermula. Tak guna kita terpekik-terlolong minta jenayah ini dihapuskan tetapi dalam waktu yang sama kita juga menjadi penyumbang dalam keadaan kita tidak sedari.

Dalam kesungguhan pimpinan WAO berperang mahu menyahkan jenayah ini mereka turut mengambil peluang memperlekehkan pula usaha kerajaan PAS Kelantan.
Laporan yang sama memandang rendah usaha pihak MPKB-BI memperkenalkan kod berpakaian untuk wanita dengan alasan ianya bukti betapa kaum lelaki sering menyalahkan wanita sebagai punca kejadian seumpama ini. Kononnya mindset ataupun kerangka pemikiran kaum lelaki khasnya golongan Islam ini tertumpu kepada wanita sebagai punca segala perlakuan maksiat.

Dalam hal ini saya rasa anggapan WAO dan lain-lain badan dan individu yang sealiran dengan mereka jelas prejudis terhadap golongan Islam.

Kenapa tidak tanya apakah langkah kerajaan BN Pusat dan negeri-negeri lain dalam mengatasi jenayah rogol yang semakin berleluasa ini? Betul berpakaian sopan sahaja bukan lesen untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa nafsu serakah binatang-binatang bertopengkan manusia ini tetapi sekurang-kurangnya ianya satu affirmative action satu tindakan positif yang serius. Dan ia boleh disusuli dengan langkah-langkah lain, tetapi di luar Kelantan bagaimana?

Malam tadi sahaja kita lihat konsert besar-besaran Sureheboh di Shah Alam dala keadaan hujan, bagaimana agaknya couple-couple mat dan minah rempit yang hadir selepas konsert itu? Apakah kita tidak pernah aca kes anak-anak remaja yang ikut kawan-kawan dan berkahir dengan menjadi mangsa rogol?

WAO perlu berikan cadangan-cadangannya pula setelah cadangan Kelantan ditolak dan diperlekehkannya semua. Bagaimana kita mahu mengelak dari kes seperti Canny Ong, Norita Samsudin, Norjan dan lain-lain dari berlaku ke atas anak dan saudara-mara kita? Kita mahu menutup pintu dan lubang tetapi dalam waktu yang sama beratus pintu dan lubang baru dibuka dan dikorek.

Percayalah mindset yang kononnya dikatakan sempit itulah sebenarnya ikhlas dan serius dalam mahu membela dan melindungi nasib dan kebajikan kaum wanita yang mulia dan dipandang tinggi dari perspektif Islam.

No comments: