Thursday, December 14, 2006

Tahniah Tun kerana memecahkan periuk nasi mungkar

Dalam satu temuramah eksklusif bersama Bangkok Post, Perdana Menteri Dollah Badawi telah menyalahkan bekas PM Tun Dr M (yang beliau panggil the old man) kerana telah meranapkan periuk nasi menantunya Khairy Jamaluddin. Kata Dollah dalam temuramah tersebut:

the old man practically smashed Khairys pot of rice

Beliau menlahirkan kekecewaannya mungkin sebagai seorang bapa mertua kerana dakwanya akibat teguran dan kritikkan Tun akhirnya Khairy terpaksa menjual semua pegangangannya dalam ECM Libra yang ketika itu sedang memacu Khairy ke puncak kejayaan yang luar biasa. Kata Dollah:

Thats something about which I am very sad. He has sold his interest in (merchant bank) ECM Libra (Avenue). Sold it at a loss. Now he has some debts to settle

Sebenarnya ketika sampai kepengetahuan umum tentang keupayaan Khairy membeli 10.2 juta saham (yang dijual kepadanya pada harga RM0.72 seunit) yang mewakili1.23 peratus pegangan dalam ECM Libra, ramai yang mula memeprtikaikannya. Tun mungkin salah seorang yang terlibat dalam mendedahkan perkara ini tetapi ramai lagi yang turut berbuat demikian dan ramai juga yang mempertikaikannya termasuklah dari kalangan pimpinan Umno sendiri (cuma marah dalam diam).



Yang dipertikaikan adalah keupayaan Khairy. Anak muda ini bukannya seorang jutawan tetapi sekadar menantu PM. Soalnya bagaimana beliau memperolehi wang sedemikian banyak. Kita kemudiannya diberitahu bahawa Khairy telah meminjamnya dari kawannya, lalu rakyat kebanyakkan pun mempertikaikan, mana ada kawan yang akan meminjam wang jutaan ringgit begitu sahaja jika tidak ada cagaran besar, dan satu dunia tahu bahawa cagaran terbesar Khairy adalah bahawa beliau adalah menantu PM.

Dan lebih serius lagi sejurus Khairy memiliki pegangan dalam ECM Libra, syarikat tersebut menerima kelulusan dari kerajaan melalui Kementerian Kewangan (dimana bapa mertuanya adalah menterinya) berkenaan cadangan penggabungannya dengan Avenue Capital Resources Berhad (sebuah syarikat kewangan) lalu menjadikan gabungan itu yakni ECM Libra Avenue sebagai sebuah bank saudagar yang terbaru dipasaran!

Salahkah Tun memecahkan periuk nasi yang ditanak atas dasar kronisma dan nepotisma ini? Jika yang dipecahnya itu adalah periuk nasi yang dipenuhi dengan beras dan air yang diragui, yang boleh mengakibatkan pemakannya kelak sakit dan seumpamanya, maka kita seharusnya mengucapkan syabas kepada Tun dan bukan memarahinya!

Syabas Tun kerana berani mendedahkan kebenaran, dan kita rakyat Malaysia sepatutnya berbangga jika ada mana-mana pihak yang sanggup dan berani mendedahkan kebenaran seumpama ini demi menyelamatkan maruah bangsa dan negara. Rakyat Malaysia sewajarnya dididik agar membenci sebarang bentuk pilih kasih dan salah –guna kuasa lebih-lebih lagi yang melibatkan jerung-jerung besar yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat.

Mudah-mudahan banyak lagi periuk nasi mungkar seumpama ini akan dapat dipecahkan selepas ini.

No comments: