Guan Eng setuju dengan Ng Yen Yen
Dr Ng Yen Yen, Ketua Wanita MCA mengatakan polisi pakaian sopan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam sebagai RIDICULOUS. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam Malaysiakini pula mengatakan langkah itu FOOLISH.
Saya tidak pasti samada perkara ini kebetulan atau memang dirancang, tetapi setiap kali ada perkara berkenaan dengan hal-ehwal Islam, maka semua parti-parti politik yang mewakili masyarakat bukan Islam boleh sahaja bersatu untuk melancarkan serangan yang sama. Ini bukan kes pertama.
Kata Guan Eng langkah kerajaan PAS ini membuktikan kebenaran sentimen masyarakat bukan Islam bahawa PAS sesungguhnya merupakan:
A threat to their daily lives and livelihood
(Satu ancaman kepada kehidupan mereka)
Apakah meminta para peniaga dan pembantu peniaga serta para pelayan restoran yang bukan Islam mengenakan pakaian bersopan itu satu ancaman kepada kehidupan masyarakat bukan Islam? Saya rasa kenyataan itu agak keterlaluan dan sebenarnya FOOLISH.
Kerajaan negeri melalui MPKB bukannya menyuruh masyarakat bukan Islam memakai tudung dan menutup aurat, mereka sekadar diminta berpakaian sopan, tidak singkat, tidak ketat dan menunjukkan susuk badan serta tidak menjolok mata, adakah itu satu ancaman?
Masyarakat bukan Islam di Kelantan yang terlalu kecil bilangannya itu (selain ketua-ketua MCA, MIC dan Gerakan) boleh hidup dengan penuh harmoni dengan masyarakat Islam di Kelantan berzaman-zaman lamanya.
Sami-sami Buddha di Kelantan bebas berjalan di tengah Bandar, megamalkan kepercayaan mereka, membina rumah ibadat yang besar-besar tanpa dihalang atau diganggu. Begitu juga penganut agama yang lain, tidak pernah pun kita mendengar pihak berkuasa negeri meroboh tempat ibadat atau menutup sekolah mereka.
Malah kalau Guan Eng mahu tahu semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang dicetuskan oleh parti-parti perkauman seperti Perikatan (Umno, MCA, MIC), Gerakan (yang ketika itu pembangkang) termasuklah DAP sendiri, Kelantan yang ketika itu di bawah PAS merupakan satu-satunya negeri yang paling aman dan tenang. Tak ada seorang pun masyarakat bukan Islam disentuh atau diganggu.
Janganlah membangkitkan isu hak non Muslim, kerana peraturan itu sebenarnya terkena kepada kedua-dua Islam dan bukan Islam. Saya yakin kerajaan negeri bukannya berniat untuk mendiskrimimasi mana-mana pihak, sebaliknya memikirkan maslahah rakyatnya yang merupakan keutamaan pemerintahannya.
Mungkin kalau Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihnaraya nanti bolehlah beliau memberi kebebasan seluas-luasnya kepada rakyat di Pulau Pinang. Berpakaianlah ikut suka masing-masing kerana itu hak masing-masing, malah mungkin tak mahu berpakain pun satu hak juga nanti di negeri yang beliau ketuai.
Dan ketika itu Dr Ng kalau nak berpakaian ketat atau nampak pusat atau miniskirt atau pakaian mandi (swimming suit) untuk upacara resmi atau apa-apa sahaja pergilah ke Pulau Pinang.
Patutlah DAP tidak pernah mendapat tempat di Kelantan.
No comments:
Post a Comment