Wednesday, December 20, 2006

Hidup di dunia yang DOUBLE STANDARD

R.Nadeswaran dalam akhbar THE SUN hari ini menulis di bawah tajuk:

Selective action (Tindakan berpilih)

Beliau memaparkan gambar dua buah mahligai besar, pertama ISTANA kontroversial milik ADUN Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros di Kg Idaman Pandamaran, manakala mahligai kedua di Bukit Tinggi Kelang, dua-dua di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kelang (MPK).



Menurut Nades ISTANA Zakaria sebagaimana satu dunia tahu, dibina tanpa menyerahkan pelan bangunan kepada pihak MPK untuk kelulusan, manakala banglo di Bukit Tinggi ini kepunyaan sebuah syarikat persendirian, telah menyerahkan pelan pembangunan untuk pengubahsuaian rumah tersebut tetapi ditolak oleh MPK.

Dan dalam kes Zakaria kita tahu beliau dikenakan denda RM21,000 (denda pun biyara lewat) manakala kes tuan punya rumah di Bukit Tinggi telah dirujuk kepada Jabatan Undang-undang MPK untuk didakwa di mahkamah.

Bermakna dalam kes yang terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang, sipesalah sekadar didenda tanpa banyak karenah, manakala dalam kes yang permohonan telah dibuat tetapi ditolak oleh pihak MPK, kini pemiliknya diseret ke mahkamah untuk didakwa!

Nades menyoal tidakkah ini double standard?

Sesungguhnya DOUBLE STANDARD sebegini sudah menjadi darah daging dan amalan kerajaan hari ini, dah menjadi satu kebiasaan. Kita lihat sahaja dalam satu kes bunuh sensasi yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi KL. Dua yang dituduh tidak diberi ikat jamin dan dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari tangan mereka manakala seorang lagi yang turut dituduh bersubahat, dengan senang diberikan ikat jamin kononnya atas alasan sakit (tapi nampak sihat sahaja) dan tangannya tidak perlu digari.

Banyak lagi contoh kalau kita nak huraikan di sini tapi cukuplah sekadar yang kita tahu. Soalnya sampai bilakah kita akan terus hidup dalam dunia sebegini rupa? Apakah kita tidak mampu membawa dan membuat perubahan?

Sebagaimana kates Nades dalam artikelnya itu

Where and when will the madness end?

No comments: